Khamis, 5 Mei 2011

600 guru bersara diambil

SHAH ALAM 4 Mei - Kementerian Pelajaran menyasarkan untuk mengambil semula seramai 600 guru bahasa Inggeris yang telah bersara bagi mengajar subjek berkenaan di sekolah-sekolah menjelang 2013.

Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, setakat ini seramai 168 pesara guru bahasa Inggeris telah menerima tawaran tersebut dan akan ditempatkan di sekolah yang berdekatan tempat tinggal mereka.

Katanya, usaha tersebut adalah bagi menjayakan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) setelah kerajaan memansuhkan Program Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

''Ini termasuk melatih 10,000 guru bahasa Inggeris pada tahun ini dan 12,000 guru lagi dilatih semula dan mengambil 375 guru penutur jati dalam bahasa Inggeris untuk ditempatkan di sekolah-sekolah.

''Jadi tidak timbul lagi soal sama ada kerajaan akan berpatah balik dan menghidupkan semula PPSMI. Apa yang kita lakukan ialah pemansuhan secara berperingkat sehingga 2015," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan program Rapat 1Malaysia: Transformasi Pendidikan di sini hari ini.

Lebih 1,000 warga pendidik hadir pada seminar sehari anjuran bersama Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Institut Perkembangan Minda (Inmind), Gagasan Pendidikan Melayu Selangor dan Jabatan Pelajaran Selangor.

Hadir sama Ketua Pengarah Jasa, Datuk Fuad Hassan dan Pengerusi Ahli Majlis Pengarah Inmind, Datuk Salomon Selamat.

Mohd. Puad berkata, kementerian juga sudah bersiap sedia untuk mencetak buku teks kedua-dua subjek tersebut dalam bahasa Malaysia untuk kegunaan murid-murid di sekolah.

''Buat masa ini, kita memberi kelonggaran kepada pihak sekolah untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris atau dwibahasa termasuk bagi menjawab soalan peperiksaan," katanya.

Mengenai transformasi pendidikan, beliau berkata, warga pendidik perlu berani dan mengamalkan sikap autokratik yang positif jika mereka serius untuk meningkatkan mutu pendidikan di negara ini.

''Sikap autokratik yang positif bermakna satu keputusan yang tegas perlu dibuat selepas beberapa perbincangan diadakan bersama beberapa pihak yang terlibat," katanya.

Utusan Malaysia Online: 5 Mei 2011

2 ulasan:

Awanama berkata...

KRONOLOGI ISU GSTT........

Guru sandaran tidak ditambah, serap jadi guru sandaran terlatih - (30-03-11)
KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan untuk tidak menambah bilangan guru sandaran tidak terlatih (GSTT) adalah bagi memastikan GSTT sedia ada dapat diserap menjadi guru sandaran terlatih (GST) terlebih ...

Kenakan syarat penempatan serupa bagi pemohon GSTT, KPLI, DPLI - (11-03-11)
SAYA ingin mengemukakan pendapat berhubung isu pengambilan guru. Sebagai ibu bapa dan masyarakat sudah tentu kita ingin insan yang terbaik untuk mendidik anak kita.

Notis pemberhentian 13,000 guru sandaran dibatalkan - (10-03-11)
TONGOD: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini mengumumkan berita gembira untuk 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang menerima surat pemberhentian tahun lalu bahawa ...

13,000 GSTT terus tugas - (05-03-11)
KINABATANGAN: Kerajaan mengumumkan menarik balik surat pemberhentian perkhidmatan kira-kira 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang diberikan tahun lalu.

Batal pemberhentian 13,000 guru sandaran bukti kerajaan prihatin - (05-03-11)
KELMARIN, kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran mengumumkan pemberhentian perkhidmatan kira-kira 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), ditarik balik.

Warga GSTT wajar teruskan profesion - (03-02-11)
CADANGAN Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) supaya Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) lepasan ijazah diserapkan sebagai guru tetap wajar bagi menampung kekurangan tenaga ...

Kontrak GSTT disambung semula - (29-01-11)
KUALA LUMPUR: Seramai 1,614 guru sandaran tidak terlatih (GSTT) akan kembali senyum apabila Kementerian Pelajaran menyambung semula kontrak yang ditamatkan tahun lalu dalam masa terdekat bagi ...

GSTT kekal sebagai duri dalam daging - (25-01-11)
SETIAP kali penggal persekolahan bermula, isu yuran dan ketidakcukupan guru, termasuk membabitkan guru sandaran tidak terlatih (GSTT) akan mendominasi perbualan di kalangan ibu bapa dan guru. ...

578 guru sandaran Sabah minta sambung kontrak - (21-01-11)
PUTRAJAYA: Seramai 578 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di Sabah yang tamat kontrak akhir tahun lalu mengharapkan Kementerian Pelajaran menyambung semula perkhidmatan mereka seperti dijanjikan.

Transformasi berterusan lonjak pendidikan makin nampakkan hasil - (02-01-11)
Hari ini dan esok, secara rasminya bermulalah sesi persekolahan 2011. Bermula jugalah alam pendidikan sebenar buat hampir setengah juta kanak-kanak yang akan memulakan pengajian Tahun Satu, diiringi ...

Sorotan 2010: Menjana modal insan ke arah kecemerlangan pendidikan negara - (28-12-10)
DALAM kehidupan, bukan masyarakat terkuat atau terpandai yang akan terus hidup, tetapi mereka yang sentiasa mempunyai keinginan untuk berubah seiring dengan perubahan persekitaran, itu pendekatan ...

Guru kedua tumpu tugas sampingan - (15-12-10)
KUALA LUMPUR: Cadangan menempatkan guru pembantu dalam kelas melebihi 35 murid di sekolah rendah dan 40 murid di sekolah menengah mampu mengurangkan beban tugas guru, sekali gus dapat keberkesanan ...

Memartabatkan profesion guru bukan dengan penyerapan GSTT - (11-12-10)
SAYA ingin merujuk kepada aduan oleh ‘GSTT’ dan ‘cikgu lama’ dalam ruangan ini kelmarin. Berdasarkan pandangan itu, saya mengakui berlaku sedikit kecelaruan dalam sistem ...

Guru Sandaran Tidak Terlatih ikuti kursus tak abai murid - (10-12-10)
TERIMA kasih kepada Berita Harian yang mewujudkan ruangan ini kepada pembaca untuk meluahkan perasaan mereka. Bukan hasrat saya untuk berdebat tetapi ingin meluahkan rasa hati selepas berasa ...

Sokong guru sandaran komited diserap ke jawatan tetap - (10-12-10)
MERUJUK kepada aduan ‘Cikgu Baru, Putrajaya’ yang disiarkan dalam ruangan ini pada 4 Disember lalu, saya sebagai cikgu lama yang berkhidmat lebih 11 tahun dalam bidang pendidikan tidak ...

Awanama berkata...

cikgu bersara yang tak berapa rajin saja yang nak sambung perkhidmatan. Datang sekolah, complain banyak kerja, tuang extra class lah, ambik CRK satu minggu g holiday di luar negara, lepas tu complain gaji kena potong. Duduk rumah makan pencen saja lah makcik...