Isnin, 30 Mei 2011

Tunggu panggilan induksi guru

SAYA merupakan seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41 (guru). Saya ditempatkan di sebuah sekolah di sebuah daerah di Selangor pada tahun 2009.

Saya juga telah memohon untuk menghadiri kursus induksi sejurus selepas mendapat surat lantikan. Sehingga kini saya masih belum lagi dipanggil untuk kursus tersebut.

Kawan-kawan saya di daerah dan negeri yang lain telah selesai menjalani kursus tersebut sedangkan saya belum dipanggil.

Apabila diajukan soalan kepada Unit Latihan, Jabatan Pelajaran Selangor, alasan tiada peruntukan yang diberikan. Harap Kementerian Pelajaran beri perhatian kepada perkara ini.

GURU KECEWA

Selangor


Utusan Malaysia Online: 30 Mei 2011

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Begitu juga dengan saya. Sejak 2008 lagi. Macam mana dengan status terkini sekarang?