Isnin, 23 Mei 2011

Kegembiraan bertukar sedih cikgu dicaci, dihina sempena Hari Guru

2011/05/23

KEGEMBIRAAN menyambut Hari Guru pada 16 Mei lalu dan mendapat khabar gembira anak didik mendapat tempat di Institut Pengajian Tinggi (IPT) berubah menjadi luka apabila membaca ruangan SMS dan surat di akhbar ini yang mengeluarkan kata-kata menyakitkan golongan guru.

Sedih kerana selepas 40 tahun Hari Guru diadakan, kata-kata seperti guru banyak cuti, guru tak ikhlas, guru dera murid, tak malu dan suka meminta-minta dan pelbagai tuduhan lain benar-benar menyinggung perasaan guru selepas menerima ‘khabar gembira’ yang tidak menggembirakan daripada kerajaan pada hari guru.
Kami tidak minta apa-apa tetapi sejak beberapa hari sebelum Hari Guru sudah dicanangkan kami akan menerima berita gembira, dengan kata lain kami diberi harapan oleh Menteri Pelajaran sendiri.
Tetapi apabila tiba masa kami semua gigit jari sebab di sekolah saya yang ada 100 guru, tiada siapa dapat ‘durian’ itu. Itu yang menyebabkan warga guru kecewa ibarat petir berdentum-dentam tapi setitik air pun tak turun.

GURU DG44 IKHLAS,
Kuala Lumpur

Berita Harian Online: 23 Mei 2011

6 ulasan:

Awanama berkata...

Itulah silapnya,,,,,janji bukan main lagi...BERITA BAIK UTK GURU.....

MACAM APC juga, GB dah janji dgn cikgu-cikgu, lps tu panel daerah tak bagi. Mengamok la cikgu2.

Lebih baik jgn janji....nak bagi-bagi sajalah... kalau tak bagi pun, org tak marah.

Awanama berkata...

Tunggu aje la PRU13.. Nanti semua guru akan sokong penuh..

pcb

Awanama berkata...

Kalau kita tak komen, org atas kata kita setuju je...kalau kita komplain, org ramai kata cikgu-cikgu tak bersyukur.

Awanama berkata...

"Sedih kerana selepas 40 tahun Hari Guru diadakan, kata-kata seperti :
i. guru banyak cuti,
ii. guru tak ikhlas,
iii. guru dera murid,
iv. tak malu dan
v. suka meminta-minta dan
vi. pelbagai tuduhan lain benar-benar menyinggung perasaan guru "

Semuga semua warga guru yang prihatin kpd tugas dan tanggongjawab, komited kepada Profesyenal perguruan dan ikhlas mendidik anak bangsa Malaysia ; kami ibubapa dibelakang tuan/puan. Usahlah bersedih.

-bapa prihatin, jelawat, bachok

Awanama berkata...

Sabarje lah....minggu hadapan...insyaallah...kita semua menadapat hadiah istimewa.... kenaikan berganda. tunggu

Awanama berkata...

tak jadi lagi...ingat ada berita baik ....