Jumaat, 27 Mei 2011

Pelajar cedera dakwa dibelasah 6 guru


LAKONAN semula bagaimana Muhammad Noor Azim dipijak oleh sekumpulan enam guru dalam kedudukan bersujud.


HULU LANGAT – Seorang pelajar sebuah sekolah di Jelebu, Negeri Sembilan mendakwa dibelasah hingga cedera oleh sekumpulan guru lelaki di sekolah itu pada Selasa lalu.

Muhammad Noor Azim Ajis, 17, mendakwa, kejadian bermula ketika dia sedang menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kertas Bahasa Melayu sebelum seorang guru datang dan memintanya ke bengkel sekolah.

“Apabila tiba di bengkel, ada enam guru lelaki lain. Tiba-tiba mereka menumbuk, menendang dan memijak saya hampir setengah jam,” dakwanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Kampung Jawa, Batu 18 di sini semalam.

Selain menjadi mangsa sepak terajang, dia juga mendakwa dipukul dengan objek keras pada kejadian pukul 8.30 pagi itu.

Akibat serangan itu, Muhammad Noor Azim terpaksa mengambil cuti sakit kerana cedera di muka, kepala dan badan serta tidak berupaya menduduki peperiksaan.

Dia mendakwa, kumpulan guru itu mengarahkan dia bersujud dengan kedua-dua tangan dilipat ke belakang sebelum dipijak dan ditendang.

Kosmo Online: 27 Mei 2011

6 ulasan:

Awanama berkata...

MERAGUKAN BERITA INI.... BUDAK-BUDAK HARI BANYAK YG MENIPU.
KITA DULU< NAK CERITA KAT MAK BAPAK PUN TAKUT...

guru yahya berkata...

perghh, tanpa usul periksa 6 guru JAHAT pukul seorang murid BAIK..

bodoh punya berita, wartawan ni memang amat berniat menghina profesion guru, mana NUTP sound sikit akhbar ni.

Cerita murid ini MUSTAHIL untuk dipercayai

Guru Terengganu di Sarawak berkata...

At least, siasat dulu barulah publish kat paper..bila cerita macam ni terpampang di dada akhbar walaupun kesahihannya diragui, kesannya sedikit sebanyak menjejaskan imej warga pendidik. Lagipun..sesuatu perkara tidak akan berlaku tanpa sebab..

Awanama berkata...

MACAM CERITA MAZIDUL AKAML SIDEK dlm PAPER HARI NI..... Dia ambil foto kedai jual VCD di Tg.malim... Seorg lelaki cina belasah dia. Lepas tu, cina sial tu pergi report polis, katanya mazidul peras ugut-minta duit.
Ada kata-kata yg pernah saya dengar,

"DIA MENCURI WANG ORG. LEPAS TU DIA MENJERIT, PENCURI!PENCURI!PENCURI"

Awanama berkata...

Aiiiikkkk....

Tak kan lah PERCUBAAN SPM dah mula....

Awanama berkata...

KOSMO / HARIAN METRO = banyak cerita ditokok tambah supaya sensasi