Ahad, 22 Mei 2011

Timbang beri kenaikan tiga tangga gaji

KUALA LUMPUR 21 Mei - Kerajaan diminta mempertimbangkan memberi kenaikan tiga tangga gaji kepada kira-kira 70,000 guru yang hampir bersara dan kini berada pada kedudukan gaji mati.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, ia merupakan antara beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dalam perbincangan yang akan diadakan oleh Kementerian Pelajaran berhubung nasib kumpulan guru yang tidak tersenarai dalam pengumuman kenaikan pangkat baru-baru ini.

"Pada masa ini, kenaikan gaji mereka adalah RM90 setahun. Jika mereka diberi kenaikan untuk tempoh tiga tahun, itu sudah memadai. Mereka ini antara golongan yang setia dalam perkhidmatan dan kenaikan itu amat dihargai," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini.

Beliau mengulas jaminan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan akan mempertimbangkan nasib kumpulan guru yang tidak tersenarai dalam pengumuman kenaikan pangkat baru-baru ini.

Hashim turut meminta kerajaan melaksanakan pelarasan elaun bantuan sara hidup (COLA) sebanyak RM300 kepada semua guru dan penjawat awam.

Kata beliau, amaun COLA yang berbeza-beza tidak praktikal untuk sesetengah kawasan terutama di luar bandar kerana di sesetengah kawasan harga barang di luar bandar lebih tinggi berbanding di bandar.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGGMMB), Mohamed Sabri Mohd. Arsad pula mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan kedudukan pangkat guru-guru dan guru besar sekolah rendah.

Antara tuntutan itu kata beliau, ialah kenaikan gred di kalangan guru besar sekolah kurang murid, guru besar sekolah gred A, guru besar cemerlang dan guru besar sekolah biasa.

Utusan Malaysia Online: 22 Mei 2011

5 ulasan:

Awanama berkata...

PANGKAT!PANGKAT!PANGKAT....;brapa kerat sangatlah yg boleh diberi kenaikan pangkat.

tice su berkata...

stuju dgn komen Tanpa Nama....huhuhu...

Awanama berkata...

PERHATIAN, minggu hadapan semua akan mendpt kenaikan... tak kira DG berapa pun. Semuanya terlibat. Tunggulah pengumuman istimewa ini.

Guru Borneo berkata...

Nampaknya tuntutan KGGMMB hanya tertumpu kepada golongan guru-guru sekolah rendah je. Patutlah dalam semakan gaji pada 01.07.2007 guru-guru siswazah hanya dapat kenaikan tambahan 15% sebaliknya guru-guru bukan siswazah dapat 25%.


INI TIDAK ADIL

Guru Borneo berkata...

Kenaikan 3 kali ganda???? Tidak logik dan tidak betul ...pandai-pandai je kurang.