Isnin, 16 Mei 2011

Kementerian beku jawatan baru

2011/05/16

KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) merujuk kepada laporan bertajuk ‘KKGM mohon naikkan gred 2,639 guru besar’ yang disiarkan 29 April lalu.

Sekolah Kurang Murid (SKM) adalah sekolah yang mempunyai 150 murid dan ke bawah. SKM dibahagikan kepada dua gred iaitu SKM Gred A dan SKM Gred B. Bagi SKM Gred A, jawatan guru besar adalah gred DGA34 dan SKM Gred B pula, jawatan guru besar adalah gred DGA32.

Di samping itu, kerajaan juga sudah meluluskan gred guru besar DGA38 kepada lima buah Sekolah Bestari dari SKM Gred B.

KPM sedia maklum perkara ini. Bagaimanapun, pada masa ini kerajaan memutuskan untuk membekukan pewujudan jawatan baru dalam usaha mengawal perbelanjaan kerajaan bermula 26 Mac 2010.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran Malaysia

Berita Harian Online: 16 Mei 2011

1 ulasan:

Awanama berkata...

CAMNA KALAU TUGAS JUGA DIBEKUKAN?
PATUTNYA KPM BERUSAHA AMBIL INISIATIF. TPM ada, PM pun ada. Tak kanlah mereka tak faham.

Cerita sedap...transformasi, pendidikan bertaraf dunia, kluster, prestasi tinggi.... TAPI SKIM perkhidmatan jadi bahan lawak.