Isnin, 16 Mei 2011

Guru akan nikmati 5 kaedah kenaikan pangkat: PM

2011/05/16

KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengumumkan berita baik buat warga pendidik yang akan menikmati lima kaedah kenaikan pangkat berkuat kuasa 1 Januari depan, dalam usaha menambahbaik skim perkhidmatan guru.

Dalam perutusan khas Hari Guru melalui rakaman video yang ditayangkan sempena pelancaran sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan Ke-40 di sini, beliau berkata kerajaan memutuskan sedemikian kerana menyedari bebanan tugas dan pengorbanan yang dibuat guru.

Pelancaran sambutan Hari Guru bertema "Guru Penjana Transfromasi Pendidikan Negara" itu di rasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pendidikan.

Perkhidmatan perguruan adalah satu-satunya perkhidmatan yang diperuntukkan dengan lima kaedah kenaikan pangkat iaitu kenaikan pangkat mengisi kekosongan jawatan, kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP), kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan, kenaikan pangkat untuk pengetua atau guru besar cemerlang dan kenaikan pangkat guru cemerlang.

Najib berkata, sebagai kesinambungan kepada keperluan transformasi kecemerlangan dalam perkhidmatan berkenaan dan dalam memartabatkan profesion keguruan di samping mengambil kira keunikan fungsi tugas guru, kaedah kenaikan pangkat khususnya berdasarkan tempoh perkhidmatan perlu diberi nafas baru.

"Kerajaan mendapati sekarang ini, majoriti guru yang bertungkus lumus di bilik darjah hanya akan mengakhiri perkhidmatan mereka cuma pada Gred DG48 setelah sekian waktu menabur bakti selama 25 tahun," katanya.

Najib berkata, kini sampai masanya laluan kerjaya guru ditambah baik demi memastikan mereka yang membentuk modal insan negara diberi pengiktirafan dan ganjaran sewajarnya.
Katanya, kaedah baru kenaikan pangkat diperkenalkan khusus kepada guru yang terbabit dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) iaitu guru wibawa dan pendeta guru, yang akan dikategorikan mengikut empat lapisan jawatan pertamanya.

"Pewujudan lapisan tersebut, termasuk guru biasa, guru kanan, guru wibawa dan pendeta guru, akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan," katanya.

Melalui konsep guru wibawa dan pendeta guru itu, Najib berkata laluan kerjaya guru dalam PDP akan diperluaskan sehingga mencapai ke gred DG54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan.

"Satu lagi berita baik bagi mereka yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka mutunya seperti ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan," katanya sambil menambah bahawa mereka boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.

Najib berkata, guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas masih berpeluang untuk menikmati Pergerakan Gaji Tahunan.

Beliau berkata, kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak seratus peratus dengan menambah sejumlah 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep guru wibawa dan pendeta guru.

"Kerajaan juga bersetuju untuk menaikkan gred jawatan semua pengetua sekolah menengah Gred DG48 ke gred DG52 yang membabitkan 1,228 jawatan sebagai membuktikan lagi kesungguhan kerajaan dalam memartabatkan profesion keguruan.

"Manakala semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah gred DG44 dinaikkan ke gred DG48, akan melibatkan 6,585 jawatan," katanya.

Najib berkata, semua GPK pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum di sekolah rendah kluster turut dinaikkan dari gred DGA32 ke gred DGA34 yang membabitkan sejumlah 99 jawatan.

"Hakikatnya, setiap seorang daripada kita tidak kiralah sama ada beliau seorang pemimpin, pentadbir, doktor, peguam, akauntan, jurutera, ahli sukan atau apa jua pun kerjayanya, terasuh dan dibimbing oleh insan yang bernama guru," katanya. - BERNAMA

Berita Harian Online: 16 Mei 2011

21 ulasan:

Awanama berkata...

dah agak dahhhh.... brape sgtlah kuota nye pon... guru biase tetap biase2 aje..walaupun kederatnye dikerah bagai nak gile oleh pentadbir..yg dapat nama ialah SIAPPPA???? NAK TAUUUU X??????

PENTADBIRR dan GURU KAKI KIPAS dan KAKI REPORt GB

Awanama berkata...

NAIK MENYAMPAH dgn pengumuman Sempena HAri Guru. Asyik-asyik dgn naik pangkat. Tak sampai 5% guru je yg dpt. Yg lain...nga nga sajalah ye..

Kebanyakan yg diumumkan hari ni adlh utk guru cemerlang. Umum tahu, guru cemerlang ada kuota dan syarat ketat yg ditetapkan. Ramai juga tahu, cikgu-cikgu tak suka mohon Guru Cemerlang ni.

Apa pun saya setuju Pengetua Dg 48 dinaikkan ke DG 52. dan PK S.Men DG 44 ke 48.

Tapi...utk se.ren, mengapa GPK DGA32 di Sek. Kluster shj yg dpt DGA 34. yang di sek Gred A, B, dan SKM tak da beban tugas ka? Sebenarnya hari ni, beban tugas ni ditanggung oleh semua jenis sek.

Satu lagi, spatutnya Gred Guru cemerlang/biasa tidak boleh lebih tinggi drp Ketua Jabatan. PELIKlah di sekolah skrg, Ketua JBTN grednya lebih rendah drp guru.


TAHNIAHLAH Kpd Pengetua, dan PK. Kpd guru biasa, nga nga saja ye.

Awanama berkata...

PEMBETULAN TAJUK" Bukan Guru" TETAPI "SEBAHAGIAN KECIL GURU.........

Awanama berkata...

ramai pk dg44 dah langgar syling..tak boleh naik sebab Pengetua DG48 ..sekarang baru dpt Dg48..tu pun kena jadi PK lagi..sebab nak jadi pengetua kena DG52 ..jawabnye .dekat pencen la..baru boleh ..jadi pengetua...ini la cerita PP dan MA ...guru biasa pulak jadi DG48 sampai pencen dgn gaji mati RM5772

guru lama berkata...

Saya setuju Pengetua DG48 dinaikkan ke DG52 dan GPK DG44 ke DG48. Cuma ada beberapa kekeliruan dan nampak keadilan tidak ada kepada;-

1. Pengetua DG52/DG54/Juca C = ??????
2. Ketua Bidang DG44(senior)= ???????
3. GPK Baru Lantikan 2010.?????

a. Bagaimana dengan GPK yang baru
dilantik DG44 tahun 2010???
Takkanlah mereka terus
dinaikkan ke DG48 sedangkan
mereka baru sahaja menerima
gred DG44.

ii. Jika semua GPK sekarang
automatik ke Gred DG48 seioriti
mereka yang dilantik pada
tahun-tahun sebelum 2010 akan
hilang.Jadi guru senior sedih
guru junior ketawa terbahak-
bahak.Macam guru T6 Dg44 le

iii.Nasib Ketua Bidang ?? Ada
ketua bidang lantikan 2006,
2007,2008, 2009 pedih mata,
sakit hati dan tidak puas
hati.Akhirnya mereka membenci
kerajaan dan undi pembangkang
Ramai tu KB seluruh Malaysia
8780 orang. Kalau mereka kempen
5 orang guru dan setiap guru
cari 5 orang lagi ah ..putih
mata kerajaan. Ini belum masuk
GPK sekolah rendah

4. Kerajaan khususnya KPM perlu
mencari satu formula supaya
senioriti guru-guru khususnya
guru(GPK) yang sudah berkhidmat
20 tahun tidak dilangkau atau
sama dengan GPK yang baru 10
tahun jadi guru terus ke DG48.

5. cadangan saya kalau diterima
adalah seperti berikut;-

a. Tanggagaji GPK ke DG48 mengikut
tempoh perkhidmatan. Apa lagi
GPK yang tanggagajinya sudah
masuk di Zon Dg48. Semua GPK
lantikan 2005,2006, dan 2007
sudah berada di Zon DG48.

b. atau, KB lama (lantikan
2005,2006 dan 2007) menggantikan
GPK lantikan DG44 tahun
2009/2010. Adilah tu mana boleh
KB lebih senior berbanding GPK.
Ini kesilapan perlantikan oleh
KPM

5. Kepada mana-mana GPK baru lantikan 2010 tu yang mendapat simpati daripada Pengetua kalau baru tu sedar dirilah..Jangan gila pangkat. Turunlah kau ke Guru Akademik. Sebab kita tak akan pandang pun GPK Junior yang baru 10 tahun berkhidmat tapi sudah peggang GPK sekolah. Malulah kepada KB-KB yang lebih senior janga pula pandai-pandai menasihat...

Minta kerajaan khususnya Unit naik Pangkat supaya mengkaji kedudukan semua KB senior dan GPK Junior. Kasihan guru lama yang sudah berkhidmat 20 tahun ada yang hanya menerima 'Time-Based " sahaja tapi ada guru yang baru 10 tahun jadi guru dapat pula Jawatan GPK sekolah menengah khususnya di Sabah dan Sarawak

sekian sahaja jangan marah Guru Junior

Awanama berkata...

Ckgu sekolah kluster la naik pangkat je.. stuju sebab sekolah rendah biasa ni 12.45pm dh balik..buatpa nk naik gaji.. kalu balik pukul 2.30ptg mcm sekolah menengah x pe la..

Awanama berkata...

kepala otak hang balik pukul 12.45. Sekolah dlm hutan pun tak balik 12.45. Mangkok

Awanama berkata...

Tengoklah dahulu bagaimana pengumuman hari guru ditafsirkan. Kalau ada pekeliling berkaitan mungkin betullah pengumuman itu.Kalau tidak serupalah dengan 15 laluan kerjaya sebelum ni dan ikutlah jadual naik pangkat sedia ada, untuk time based 48 dulu makan masa 23 tahun tapi la ni 24 tahun.Janganlah bergaduh perkara belum pasti. malu kat orang bukan guru.nanti dikata guru gila pangkat. Tengok orang M, diam-diam 5 tahun dah M48, tamat MA dapat kenaikan gaji. Dia yang tentukan layak tak layak kenaikan gaji DG termasuk gurunya sendiri.Jaga harga diri cekgu-cekgu!

guru pedalaman berkata...

guru sek rendah cuma tumpang tengok saja...guru sek men pun cuma 4 org yg gembira, pengetua dan 3 PK..guru lain pedih ulu hati, migrain dan pitam..

Daengazhar berkata...

Hari ini dalam sejarah MAJORITI GURU DIKENCING DENGAN PENGUMUMAN DI HARI GURU hahahah

Awanama berkata...

Gpk petang dg44,tak termasuk ke? kalau mcm tu memang tak adil

Awanama berkata...

Cadangan saya pulak,

Sepatutnya ganjaran yg kita dapat adalah hasil kerja kita. So walaupun seseorang itu ada jawatan, tapi tidak buat kerja, kenapa dapat juga.

Seperti la juga, istilahnya mengatakan bahawa Kita kerja kuat ke kerja sikit ke, cukup bulan dapat gaji..

Pada saya, Ganjaran itu perlu dibuat seperti Polis, Tentera. Yang mana macam2 Elaun.. sekiranya kita bekerja lebih. Cth: Elaun OT(overtime) dan mcm2 lagi. Baru adil. Sebab bila kita bekerja baru la dapat upahnya.

Kadang2, nama je Guru Cemerlang, tapi lepas dapat title tu, dah tak cemerlang pun...

So, sepatutnya, kerajaan mesti adil dalam memberikan sesuatu ganjaran...

Awanama berkata...

isu pengumuman PM tu! sebenarnya blm tau lg mcm mana proses utk GPk dari gred dg44 ke dg48. layak GPK ni ke gred DG48 utk mengimbangi kenaikan pangkat guru2 tg.6 dg44 yg 1th hingga 3th tempoh mengajar dah boleh mohon dg48. sekurang2nya tidaklah ketinggalan. GPK yg dilantik oleh kement. tu sumanya tlh berkhidamt lebih 10th, kenapa pula jadi isu kiranya juga terlibat dgn kenaikan ke DG48. soal senior atau junior dlm jawatan GPK tidak timbul..kira nasib n rezeki dia orang lah...lg pun lantikan mereka juga dari kementerian (BSM). Kalau hati tu baik!!! minta kement.juga libatkan K.Bidang utk dinaikan ke gred DG48. Hari ni naib GPK esok nasib kita pula.jgn melatah....kita tengok ja nanti pekeliling akan dikeluarkan oleh KPM.

Awanama berkata...

masa kerjaan umum jawatan haiki KB semua orang suka..sebab itu juga naik pangkat. time tu GPK tetap di gred yang sama..nga-nga juga pasal dah sama gred, cuma hiraki jawatan ja beza tetap di atas KB lg.Kerjaan buka lg laluan kenaikan pangkat yang banyak lebih kurang 16 laluan kenaikan pangkat untuk guru-guru. cuma yang sangat beruntung ialah guru2 yang mengajar TG 6 kejap2 ja sudah di dg48.Lebih 10 tahun KB di jawatan tu ngapa tak bising pasal ni...apa yang sukar atau berat sangat dengan tugas2 guru2 Tg 6 tu berbanding GPK! KB dengan GPK siapa yang lebih berat beban tugasnya! GPK yang baru dilantik tu..bukan dia minta utk GPK...semua tu hanya mohon ke KPM melalui peluang2 kenaikan pangkat yang diumumkan oleh KPM..dia cukup syarat untuk mohon apa kah salah di mencuba!!!! naib dia lah KPM lantik memegang jawatan GPK..tak payah lah kau dengki2 tak puas hati..semua ni kerajaan sudah buat kajian..bagi jawatan KB mungkin kerajaan juga tengah semak untuk perubahan gred..sabar2 saja lah. Bagi Gred Jawatan GPK tu, memang patut lah di naikan ke gred DG48 kerana jawatan mereka tu no dua pengetua, apa2 hal semasa ketiadaan pengetua diorang yang kena bertanggungjawab dan menjawab. Faham2 lah disana tu, tak dicari KB. Lagi pun tugas2 juga berat
Kita kena faham dasar kerajaan kita tak boleh jangka dari segi perubahannya.
Kita harus bersyukur dengan peluang2 kenikan pangkat yang telah diberikan..tak semuanya dapat memnuhi kehendak kita.

Awanama berkata...

guru DGA 29sekolah rendah sambung belajar buat PJJ,dapt DG 41 ,kini dah dapat DG 44,terus terpinggir di sekolah rendah,perkara yang pelik tahun lalu Penolong Kanan ditawarkan kepada guru baru yang mengajar tak sampai 10 tahun tak dapat DG32 penyandang pun,guru macam kami yang dah mengajar 20 tahun terus terbiar,lagi pelik sapa-sapa yang bertugas di ppd senang dapat jawatan PK dan guru besar,guru macam kami terus terbiar

Awanama berkata...

tak apalah ,bila gpk dg44 walaupun baru dilantik gpk dah naik dg48, itu kira rezeki. sebab kadang-kadang ada ketua bidang yg tak mau naik pangkat gpk, dia lebih suka jadi kb, sebab tak pandai mentadbir. memanglahpatut gpk kena naik dg 48 sebab gpk ni keja banyak, berbanding jadi guru biasa walaupun lantikan 2010

Awanama berkata...

apa pulak yg nak diumum kerajaan sempena hari guru 2012, mesti guru biasa nga-nga aje.....

tak puas hati berkata...

saya setuju dgn ulasan Tanpa Nama berkata.. sebabnya aku juga KB, kebykkan kerja akademik KB yg buat kat sekolah aku PK jadi puppet aja tak reti buat kerja.. dah tu automatik pula dpt DG48...adil ke ? kalau macam tu revise balik kerja KB... kita kerja setakat gaji DG 44 aja... selebihnya biar PK DG 48 yg buat. ..... bengang lihat ada PK yg kamceng dgn boss lompat semua KB naik jadi PKKK...dapat pula DG48. saya rasa pihak jabatan pljrn negeri terutama bahagian audit perjawatan check semua sekolah ... ada tak Pengetua sekolah tawarkan jawatan PK kepada guru senior DG44...ATAu dia pilih sapa dia suka dan menidakkan hak org lain utk naik pangkat.....

Dillus berkata...

Guru sekolah rendah biasa macam mana? Apa yang nampak semua adalah guru sekolah menengah dan juga sekolah rendah kuluster sahaja...

Awanama berkata...

tidak semua PK tu tak buat kerja, ramai PK yang sekali ganda kerjanya jika dibandingkan dgn KB atau pun Guru-guru. Biasanya sekolah yang ok ni, yang akan menghadap ketua apabila prestasi tak meningkat adalah PK, masalah disiplin PK, atur prog. kokum sampai tak tidur malam PK..Tak semua PK main tangkap dan arah guru saja dan hanya minta dipuji bila berjaya. Layak lah tu PK dinaikkan gred dg48. Soal kau baru dilantik tidak timbul...semua yang dilantik tu memang hebat-hebat cara berkerjanya tu. Lain lah kalau pengtua nya yang tak pandang kebolehan guru terus ja cadang untuk dilantik.. biasaklah tu masih ada main kroni-kroni. Bukan saja ada PK yang dilantik tak pandai buat kerja, ada juga pengetua yang bernaib baik dilantik tapi tak berupaya menguruskan sekolah dengan cemerlang. Dalam setandan pisang tak semuanya bagusss..doa saja kita banyak-banyak agar guru yang berupaya, berinovasi, kuat berkerja tu diberikan jalan untuk memagang jawatan sebagai pengurus/pentadbir.

Awanama berkata...

Betul kata awak tu..ingat guru sek rendah budak kecik beban kecik masa singkat jer..lg la payah..byk keja n prgrm itu ini..nak kata sampai petang pun tak habis..dulu sye penah ajar sek mnengah punya la senang pasal budak2 senang diarah buat satu2 perkara atsu tugasan..sek rendah dr hujung rambut sampai hujung kaki kiter kena jaga