Dalam serbuan pada pukul 9 malam itu, seramai 300 tetamu yang sebaha- gian besarnya terdiri daripada golo- ngan pondan sedang asyik menyaksikan pertandingan yang disertai lebih 50 peserta.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JHEAIK, Mohd. Abdul Aziz Mohd. Noor memberitahu, serbuan tersebut disertai oleh 50 orang pegawai penguat kuasa JHEAIK dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam.
Menurutnya, serbuan tersebut dilakukan setelah menerima maklumat daripada orang ramai dua hari sebelum majlis tersebut berlangsung.
"Maklumat tersebut memberitahu majlis makan malam itu akan bertukar menjadi pertandingan ratu cantik 'mak nyah' dan hiburan yang melampau," katanya ketika ditemui malam kelmarin.
Tambahnya, semua yang ditahan akan didakwa mengikut Seksyen 7, Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan nombor 2 1985.
"Seksyen tersebut menyebut, seorang lelaki yang berpakaian dan berlagak seperti perempuan, boleh didenda sebanyak RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Seorang 'mak nyah' yang ditahan, Su (nama samaran), 29, memberitahu, kesemua peserta yang menyertai pertandingan tersebut terdiri daripada 'mak nyah' dari Kelantan.
"Kami dikenakan bayaran sebanyak RM38 untuk menghadiri majlis yang dikenali sebagai Glemm Nite 2008 Miss Universe Asia.
Peserta dikehendaki memperagakan empat persalinan iaitu gaun malam, kasual, tradisional dan bikini," jelasnya.
Kosmo Online: 27 Julai 2008
Tiada ulasan:
Catat Ulasan