Kita melihat wujudnya beberapa keputusan secara drastik oleh kerajaan.
Hakikatnya, globalisasi mesti dihadapi dengan kekuatan mental dan kestabilan emosi. Justeru, kita melihat semakin ramai pendidik berusaha meningkatkan tahap akademik sehingga ke peringkat ijazah doktor falsafah (PhD).
Ini sangat baik untuk berdepan era globalisasi dan mengharungi arus kenaikan harga barang dan peningkatan kos hidup.
Malang sekali Kementerian Pelajaran tidak mengambil kira kelayakan akademik pendidik dalam pelantikan dan kenaikan pangkat.
Sebaliknya tempoh perkhidmatan tetap menjadi ukuran. Dengan itu, kita dapati ada pegawai dan guru sekolah yang mempunyai PhD berada di gred DG41 dan guru berijazah sarjana muda berada di gred DG48.
Berikutan itu, wujud pengetua sekolah dan pengarah maktab perguruan hanya berkelulusan ijazah pertama, manakala guru berkelulusan PhD. Suasana seperti ini tidak baik dalam iklim pendidikan.
Justeru, kita berharap kerajaan akan mengambil kira tahap pendidikan guru dalam proses kenaikan pangkat atau pelantikan ke jawatan kanan.
Dicadangkan semua pengetua sekolah mesti sekurang-kurangnya memiliki ijazah sarjana, manakala pengarah Institut Perguruan dan Kolej Matrikulasi mestilah berkelulusan PhD.
Martabat pendidikan mesti selari dengan fungsi Kementerian Pelajaran.
MOHD ASRAN AMISAH,
Tawau, Sabah.
Berita harian Online: 12 Julai 2008
Tiada ulasan:
Catat Ulasan