GEORGE TOWN: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP)
semalam menyangkal dakwaan guru yang dipindah bertugas ke jabatan
pelajaran negeri serta pejabat pelajaran daerah dipinggirkan daripada
kenaikan pangkat.
Sebaliknya kata Presiden kesatuan Hashim Adnan, NUTP sudah
menghantar kertas kerja kepada Kementerian Pelajaran, menyarankan guru
terbabit turut dipertimbang untuk kenaikan pangkat.
“Memang
kementerian beri keutamaan kepada mereka yang mengajar di sekolah
dahulu, tetapi ia tidak bermakna mereka bertugas di jabatan pelajaran
negeri dan pejabat pelajaran daerah di pinggirkan, beri sedikit masa dan
kami tetap akan bela nasib mereka,” katanya.
Beliau diminta mengulas keluhan sekumpulan guru yang mendakwa
mereka dianak tirikan dari segi kenaikan pangkat setelah dipindah
bertugas ke pejabat pelajaran. - Bernama
myMetro: 22 Mei 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
Sokong 100%. Pegawai2 di JPN & PPD juga merupakan PPPS & PPPBS yang sepatutnya juga menikmati knaikan pangkat. Perkara ini seharusnya dipercepatkan demi kelangsungan pentadbiran organisasi JPN & PPD demi melahirkan sekolah, guru & murid yang cemerlang.
aku sokong naik pangkat ni diperluas ke ppd dan jpn. tp yang tak tahan nya ada org2 ppd dan jpn lompat turun ke sekolah semata2 nak dapat 48 dan 52...meluat betul pemberok2 ini..
memang berlaku. mereka ambil kesempatan. Mula=Masuk PPD/JPN. Kenaikan pangkat lebih cepat.Pada masa yg sama, SAMBUNG BLJR. Sblm dilantik Dg 41, mereka turun ke sek sbg GB. Bila dlantik Dg41, 3 th dpt 44 pulak. Lepas tu masuk PPD/JPN balik dan begitulah seterusnya.
TAK RAMAI, TAPI ADA....
ciiis...ada ke pemberok2 spt itu? kalau ada pun takpe, kawan2 kita jugak sih..
Catat Ulasan