Rabu, 23 Mei 2012
Pensyarah IPG tidak dapat perhatian untuk naik pangkat?
Namun keceriaan tersebut tidak dirasai oleh pensyarah-pensyarah di Institut Pendidikan Guru (IPG). Pensyarah-pensyarah di IPG bagaikan tidak mendapat perhatian. Ini kerana, pada 16 Mei 2011 sempena Sambutan Hari Guru, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa semua pengetua akan menikmati kenaikan daripada DG 48 kepada DG 52. Penolong Kanan DG 44 akan diberi kenaikan DG 48.
Sebelum itu semua guru yang mengajar Tingkatan Enam Satu dinaik pangkat sebagai Penyelia Tingkatan Enam Satu dan diberi kenaikan DG 48.
Persoalannya di sini, di manakah kedudukan pensyarah IPG? Adakah pensyarah IPG hanya setaraf guru-guru mata pelajaran biasa sahaja? Jika dilihat beban tugas dan tanggungjawab, pensyarah IPG melahirkan pelajar tahap diploma dan ijazah.
Bukan bermaksud mempersoalkan rakan-rakan yang mengajar di Tingkatan Enam. Tetapi dalam aspek memperkasakan Tingkatan Enam, kerajaan memberikan suatu anugerah yang baik kepada rakan-rakan kami yang mengajar di Tingkatan Enam. Tetapi perkara sama tidak berlaku di IPG.
Dalam usaha kerajaan memperkasakan IPG menjadi 'The New IPG', para pensyarah tidak mendapat apa-apa kenaikan, malah 'dianugerahkan' dengan tempoh waktu kerja 8 pagi hingga 5 petang.
Kami pensyarah IPG memohon agar pihak kerajaan 'menjengah' sedikit dan mengiktiraf pensyarah-pensyarah yang bertugas di IPG. Pengiktirafan terhadap pensyarah IPG harus sekurang-kurangnya setaraf dengan Penyelia Tingkatan Enam dengan diberi kenaikan DG 48 apabila seseorang itu dilantik sebagai pensyarah.
Ini kerana proses permohonan menjadi pensyarah itu sendiri amat ketat berdasarkan temuduga. Dari segi tahap akademik, hampir 90 peratus pensyarah IPG memiliki Sarjana dan hampir 30 peratus mempunyai Ph.D. Tahap kelulusan akademik yang tinggi ini secara tidak langsung dapat menaikkan imej IPGM setanding dengan institusi pendidikan tinggi lain.
Utusan Malaysia Online: 23 Mei 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
sabaq bos sabaq...cikgu ni lama dah dipinggirkan; kena ngajar pedalaman: pensyarah ipg dok bandaq...cikgu dah nak pencen baru dapat dg44 dan dg48: pensyarah ipg dah lama dapat 44,48,52,54...macam2 lg kalau nak habag. jd awak ingat hina sangat ke cikgu mata pelajaran biasa tu? eh2, dia pun cikgu yg hebat tu. kalau nak tuntut apa2 dari kerajaan jangan banding2 dgn cikgu ke apa2 jawatan lain; tuntut saja. guna saluran yg betul. kalau dah rasa terpinggir dan dah tak sabar resign saja...
adusss, wahai cik abang. bukan bermaksud nk banding2 guru mata pelajaran dgn pensyarah ipg. kalau nak menuntut sesuatu, kena ambik kes perbandingan. bukan memperlekeh, tp ambik sebagai kes perbandingan. bukan suruh apa yg diberi kpd guru tu ditarik balik, tp mintak jugak pengiktirafan yg sama. relax bro, sucikan hati tu sikit...
perbandingan yg tak wajar....
tanpa nama 14 jun 2012.
maaf, kenapa tak wajar? apa justifikasi tak wajar tu? orait, pk sekolah menengah dinaikkan ke dg48. penyelaras (pk) tingkatan 6 juga dapat. pensyarah ipg yg melahirkan guru graduan masih ditakuk lama. soal gaji bukan keutamaan walaupun akhirnya akan melibatkan soal gaji jugak. ada sapa2 kakitangan kerajaan yg sanggup naik pangkat tanpa naik gaji? kebanyakan pensyarah ipg datang dari guru sekolah. kalau 'stay' disekolah harus dapat dg48 (jd pk sebab senioriti). memang pilihan sendiri nk ke ipg, takde sapa paksapun. just mintak. cumanya bagilah sama seperti sahabat2 yg ada di sekolah. rasanya yang tak wajar tu ialah bila banding dengan beruk di hutan!!!!
Catat Ulasan