Ahad, 15 Mei 2011

Berita gembira menanti guru esok


Muhyiddin Yassin bersama Hishammuddin Tun Hussein dan Adnan Yaakob menarik pukat pada program mesra bersama nelayan Kampung Kempadang sempena lawatan kerja sehari di Pahang, semalam. - BERNAMA


KUANTAN 14 Mei - Para guru bakal menerima berita gembira apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu beliau akan mengumumkan sesuatu untuk mereka sempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pengumuman tersebut akan menyuntik semangat para guru yang sanggup berkorban demi mendidik anak bangsa.

"Insya-Allah ada berita baik akan diumumkan kerana peranan guru amat penting bukan sahaja mendidik tetapi membangunkan negara dalam semua bidang.

"Paling utama ialah soal menyediakan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran selari dengan sasaran menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020," katanya pada sidang akhbar di majlis bersama warga pendidik, pertubuhan bukan kerajaan dan penduduk mukim Beserah di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Muhyiddin memberitahu, kerajaan telah menggariskan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) yang akan menyediakan peluang pekerjaan serta tenaga kerja terlatih dalam semua bidang.

Katanya, terdapat 12 sektor ekonomi perlu diisi dengan tenaga kerja terlatih yang merupakan cabaran besar untuk disediakan dalam tempoh 10 tahun akan datang dan menuntut komitmen padu daripada warga pendidik.

Tambahnya, tugas guru bukan sahaja menyampaikan ilmu tetapi menerapkan sifat baik, berakhlak dan berbudi pekerti kepada pelajar.

Justeru katanya, dalam tempoh akan datang, Kementerian Pelajaran akan membantu warga pendidik daripada segi kebajikan guru, perjawatan, peralatan dan infrastruktur bagi membantu meningkatkan kecekapan guru dalam pengajaran.

Utusan Malaysia Online: 15 Mei 2011

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau pun ada, biarlah ramai guru yg dpt menikmatinya.

Kalau setakat naik pangkat, elaun tertentu, ganjaran tertentu, hanyalh beberapa % guru shj yg merasai nikmatnya. yg lain camna.

Cuba tukar sikit bentuk ganjaran: Cth,

1) Membina sekolah berasrama penuh khs utk anak guru.
2) Menaiktaraf semua bilik guru drp berkipas kpd berhawa dingin.
3) Skim pinjaman kenderaan.
4) Menghadkan masa mengajar guru setakat max 25 waktu seminggu.

Harap menteri dpt baca cadangan ini sebelum beliau umumkan sesuatu ptg nanti.

Tanpa Nama berkata...

HARAP SESUATU YG BAHARU...buaknnya mengulangi pengumuman apa yg telah diucapkan sebelum ini.

Tanpa Nama berkata...

HAMPEH....

Tanpa Nama berkata...

guru-guru memang sentiasa mangsa politikal mereka

Tanpa Nama berkata...

ASYIK dgn naik pangkat je......beberapa kerat guru shj yg akan menikmatinya. TAHNIAHLAH.....berita baik?

Tanpa Nama berkata...

Lameer dah kena tipu... Tahniah guru berjaya menghasilkan Menterfi yang berfikiran macam kanak-kanak... Guru sungguh gembira dengan pengumuman Kementerian pelajaran,, gembaira sebab kerajaan Malaysia bakal ditukar dengan kerajaan baru bdalam pilihanraya ke 13... insyaallah...