Sabtu, 21 Mei 2011

Guru 'tercicir' diminta sabar

BALING 20 Mei - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta kumpulan guru yang tidak tersenarai dalam kenaikan pangkat mengikut kaedah baru yang diumumkan baru-baru ini supaya bersabar kerana kerajaan sedang meneliti perkara itu.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, kerajaan sentiasa peka dengan nasib golongan guru terbabit dan percaya kajian mengenainya sedang dilakukan.

"Apa yang saya boleh katakan sekarang ialah minta mereka sabar kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah tentu mempunyai pertimbangan sendiri berhubung pengumuman kaedah kenaikan pangkat guru baru-baru ini.

"Lagi pun pelaksanaan kaedah baru itu akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012. Maknanya, sementara menunggu tempoh tersebut, mungkin ada sesuatu yang akan dilakukan.

"Saya tidak katakan perkara ini selesai, tetapi sekurang-kurangnya saya boleh katakan perkara ini akan terus dibincangkan bersama Perdana Menteri," katanya selepas merasmikan Pejabat Pelajaran Daerah Baling/Sik bernilai RM4.3 juta di Batu 42, Pulai dekat sini hari ini.

Beliau diminta mengulas keluhan beberapa pihak termasuk Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengenai nasib guru termasuk 400,000 guru sekolah biasa yang tidak mengalami kenaikan pangkat walaupun sudah berkhidmat lebih 15 tahun.

Muhyiddin berkata, beliau juga akan mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa bersama Perdana Menteri dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk memenuhi permintaan NUTP bagi menjaga kebajikan ahli-ahli mereka.

"Bagaimanapun, ingin ditegaskan bahawa setiap pertimbangan yang dilakukan kerajaan perlu mengambil kira keupayaan ekonomi negara.

"Sekarang kita nak berjimat bagi mengurangkan defisit. Kalau buat keputusan harus kira keupayaan kerajaan untuk tampung kos tambahan kenaikan sama ada gaji atau elaun," jelasnya

Utusan Malaysia Online: 21 Mei 2011

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apabila kenaikan gaji kepada guru, perlu ambil kira keadaan kewangan. Inilah nasib guru kerana ramai bilangannya maka perlu fikir banyak kali sebelum naikkan gaji. Adakah jumlah menyebabkan keadilan tidak dapat dilaksanakan ???

zz berkata...

KALAU NAIK HARGA BARANG TAK GUNA JUGAK NAIK GAJI

tice su berkata...

xdpt byk sikit pun jadi ler kami merasa...huhu...

~tice su~

Tanpa Nama berkata...

Banyak wang telah disalurkan utk projek mi segera semasa pilhanraya kecil. Skrg duit dah tak da woi..sabar-sabar-sabar-sabar jelah cikgu ye...

cikgu Nizar berkata...

diminta sabar kerana pastinya 99% takkan dapat punya. nanti lain2 penjawat awam marah pula, baru 1% yg dapat baru2 ni pun jenuh baca caci maki penjawat awam lain pada guru mcm guru x ada jasa langsung.

kamanuk64 berkata...

Cikgu, sabar dulu. Janganlah buat spikulasi, kita tunggulah surat pekeliling dari JPA tentang pengumuman PM. Saya kira PM ada umumkan dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun seseorang guru itu sudah mencapai ke Gred DG54 dari DG41.Ini bermakna sebenarnya dah termasuk guru-guru siswazah. Pada pendapat saya tempoh kenaikan pangkat guru itu sudah dipendekkan daripada 10 tahun ke 5 tahun sahaja iaitu
1. DG41- 5
2. DG44- 5
3. DG48- 5
4. DG52- 5
5. DG54- 5

Sebenarnya pengumuman Perdana Menteri itu sangat baik dan sepatutnya diterima oleh semua guru tanpa bantahan. Mana kita mahu kenaikan pangkat mengikut SSM 'Time Based " 10 tahun atau 5 tahun??

Saya bersetuju dengan TPM bahawa kerajaan juga kena pertimbangkan kemampuan kewangan kerajaan. Kita ini lebih 400, 000 orang guru ,kalau kerajaan bagi semua berapa bilion wang negara kena belanja sedangkan wang itu bukan untuk golongan guru sahaja tetapi semua rakyat Malaysia...

JADI ...SABAR ..SABAR...JANGAN BUAT SPIKULASAI...hingga ada yang nak ugut kononnya nak diterjemahkan dalam PRU ke 13.

FIKIR..CIKGU..

Tanpa Nama berkata...

Man pi duit negara kita....

Tanpa Nama berkata...

"Muhyiddin berkata, beliau juga akan mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa bersama Perdana Menteri dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk memenuhi permintaan NUTP bagi menjaga kebajikan ahli-ahli mereka...."

Alangkah bahagianya dan istimewanya menjadi warga guru kerana TPM TELAH membuat AKUJANJI akan terus berbincang dgn PM dan KP,JPA untuk MEMENUHI permintaan NUTP.

Taraf NUTP amat tinggi dan menikmati keistimewaan. Tiada Kesatuan lain di Malaysia yang mendapat pengiktirafan begini.

Semuga warga guru akan terus komited mendidik anak bangsa Malaysia dengan tanpa rasa jemu.

- Bapa Prihatin, jelawat, bachok