2011/11/15
KAJI Selidik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kelmarin mendedahkan amalan pengasingan pelajar kurang bijak ke kelas corot menyumbang kepada kanak-kanak terbabit terjerumus dalam jenayah. Menurut kajian itu, tahap disiplin pelajar terbabit merosot di kelas corot itu berikutan pengaruh negatif rakan sekelas, selain perasaan rendah diri dan kecewa dirasai mereka apabila diasingkan dengan pelajar cemerlang. Hasil kajian ini sebenarnya bukanlah memeranjatkan kepada kebanyakan kita.Memang sudah diketahui umum tidak ramai daripada pelajar lemah ini mempunyai peluang untuk muncul semula di kelas yang lebih baik. Malah bagi kebanyakannya, pencapaian di sekolah tidak lagi menjadi satu keutamaan. Berikutan itu, sering kali kita mendengar guru sendiri berputus harapan terhadap pelajar ini dan melabel mereka dengan bermacam-macam panggilan negatif.
Jumlah pelajar yang kecil akan memberi peluang kepada guru terbabit untuk memberi lebih tumpuan kepada setiap pelajarnya, selain memudahkan kawalan kelas. Mungkin perkara ini sukar dilaksanakan berikutan kekurangan kemudahan dan guru, namun memandangkan kes jenayah membabitkan kanak-kanak semakin meningkat seperti dipaparkan kaji selidik JKM itu, ia harus dipertimbangkan demi masa depan kanak-kanak ini.
myMetro: 15 November 2011
1 ulasan:
Isu ini adalah isu lama yang dihangatkan kembali, syukur kerana kita masih belum terlambat .. kenapa tidak contohi sekolah rendah awam di Jepun? .. saya berkesempatan menyekolahkan anak saya di sana selama 3 tahun dan saya lihat strategi ini amat berjaya .. tiada pengasingan kelas dan tiada peperiksaan utama dan akhir tahun, cuma ujian biasa bagi menguji tahap pemahaman subjek yang diajar .. strategi ini banyak membantu objektif utama supaya pelajar suka untuk datang ke sekolah, bukan setakat untuk menimba ilmu sahaja tetapi untuk membentuk sahsiah diri yang baik termasuk cara pergaulan dan interaksi yang baik dengan rakan sekolah dan guru .. pada pendapat saya, langkah ini perlu diperkuatkan dengan layanan saksama guru ke atas semua pelajar dan bukan hanya kepada pelajar yang pandai sahaja, mungkin boleh sediakan hadiah untuk pelajar paling rajin mengemas kelas, paling banyak menghormati guru dan sebagainya .. mungkin pelajar tersebut paling bodoh dari segi akademik tetapi dia boleh jadi seorang yang paling rajin membantu orang lain atau paling maju dalam sukan .. saya lihat guru besar sekolah tempat anak saya belajar di Jepun tersebut setiap hari menunggu di depan sekolah hanya untuk mengucapkan selamat datang kepada pelajar malah ketika hujan lebat telah siap sedia dengan 2 atau 3 payung untuk memayungkan pelajar tersebut .. di mana tahap pengorbanan dan rasa ambil berat guru besar di sekolah anak kita di Malaysia? Mungkin sudah bermula dan kita ucapkan syabas kepada yang telah memulakannya ..
Catat Ulasan