Isnin, 21 November 2011

Siasat guru tampar murid hingga pecah cermin mata

JOHOR BAHRU 20 Nov. - Jabatan Pelajaran Johor diminta menyiasat seorang guru wanita di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Taman Ungku Tun Aminah, Skudai dekat sini, yang didakwa menampar seorang murid sehingga lebam dan pecah cermin matanya Rabu lalu.

Ibu murid tersebut, S. Rukumani, 49, kesal kerana anaknya, S. Sri Viknesh, 11, tidak melakukan kesalahan tetapi tetap dihukum.

Murid tahun lima itu didakwa oleh guru wanita berkenaan mengisi sendiri laporan kad kemajuannya selain meniru tandatangan guru besar sekolah tersebut.

"Walaupun penjelasan sudah diberikan dan murid yang melakukannya pun telah mengaku, tetapi anak saya tetap ditampar lapan kali, empat di kanan dan empat lagi di kiri hingga pecah cermin mata sebelah kiri.

"Anak saya dipaksa mengaku sedangkan murid yang sebenarnya melakukan perbuatan itu tidak pula dihukum," katanya kepada pemberita di Taman Nesa, Skudai, dekat sini, hari ini.

Rukumani berkata, guru itu memberitahu perkara tersebut pada Selasa lalu apabila dia secara kebetulan datang ke sekolah untuk mengambil wang bantuan persekolahan RM100.

Menurut suri rumah itu, menerusi perbincangan dengan guru wanita dan guru besar sekolah tersebut, perkara berkenaan dianggap selesai.

Bagaimanapun, Sri Viknesh ditampar pada keesokan harinya dan dipaksa mengaku melakukan perbuatan tersebut tetapi anaknya tetap tidak mengaku.

Tidak puas hati dengan tindakan guru terbabit, dia dan suaminya, S. Shanmugham, 51, membuat laporan di Balai Polis Johor Bahru Utara pada hari yang sama.

Mereka turut membawa anaknya menjalani pemeriksaan di Hospital Sultanah Aminah di sini kerana tamparan tersebut meninggalkan bekas dan kesan kemerah-merahan di kedua-dua belah pipinya.


Utusan Malaysia Online: 21 November 2011

4 ulasan:

cikgu morni berkata...

puak jenis ni mmg x akan mengaku anak2 mereka pernah buat salah. selalu dah kena, dan cerita ni akan berulang sampai bila2. depa la yg paling buas dan ganas di sekolah hakikatnya. cikgu pegang pipi, dikata cikgu penumbuk berkali2. kena ketuk dgn pembaris plastik 30cm, dikata kena pukul dengan kayu pembaris sampai cedera dan trauma. mcm2 lah lagi. pastu suka buat report polis.

Tanpa Nama berkata...

1 Murid 1 Rotan
1 Ksalahan 1 Rotan

Tanpa Nama berkata...

siapa guru? mereka ialah pendidik..mereka boleh hukum pelajar mereka ke satu tahap, tapi kadangkala ada cikgu yang membawa masalah rumahtangga ke sekolah..biar betul,bukan semua pelajar sama,guru yang kena mendidik pelajar*2...kalau guru sendiri menghukum mereka siapa lagi nak mendidik pelajar- pelajar ini...harap pihak berkuasa mengambil tindak yang sewajarnya terhadap guru tersebut...sebab ini sudah melepasi tahap amaran dan kalau ikiutkan hak asasi manusia...guru itu boleh dihukum dan turut boleh dihukum dibahaw kes dera...

Tanpa Nama berkata...

gi mampos la kau tanpa nama. mcm rasional sgt.