Jumaat, 13 Mac 2009

Keputusan SPM, STAM hari ini

PUTRAJAYA 11 Mac - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2008 akan dikeluarkan di semua sekolah seluruh negara esok.

Semua calon boleh mendapatkan keputusan masing-masing mulai pukul 10 pagi manakala keputusan calon persendirian akan dihantar melalui pos oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, majlis pengumuman analisis keputusan SPM dan STAM akan diadakan serentak pada pukul 9 pagi esok di Kementerian Pelajaran di sini.

Menurutnya, seramai 442,936 calon telah mendaftar bagi menduduki peperiksaan SPM di 3,939 pusat peperiksaan seluruh negara yang diadakan pada 11 November hingga 5 Disember lalu.

"Daripada jumlah tersebut, seramai 388,079 orang adalah calon sekolah Kementerian Pelajaran, 16,019 calon sekolah kerajaan negeri dan tajaan badan-badan tertentu manakala 10,331 calon sekolah swasta selain 28,507 calon persendirian," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Utusan Malaysia Online: 12 Mac 2009

Tiada ulasan: