Khamis, 12 Mac 2009

Keputusan STPM 2008: 7 sekolah lulus 100 %

PULAU PINANG 10 Mac – Seramai 501 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2008 daripada tujuh sekolah di negeri ini berjaya mencapai kelulusan 100 peratus dalam peperiksaan tersebut berbanding hanya enam buah sekolah pada tahun sebelumnya.

Berdasarkan statistik Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang, sekolah-sekolah yang berjaya mencatatkan kejayaan tersebut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Onn (27 orang), SMK Permatang Rawa (55 orang), SMK Simpang Empat (59 orang) dan SMK Sri Muda (11 orang), Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Perempuan Cina (132 orang), SMJK Chung Hwa Confucian (46 orang) dan SMJK Jit Sin (171 orang).

Tahun lalu 2,946 calon menduduki peperiksaan STPM di negeri ini yang mana 2,411 daripadanya merupakan pelajar sekolah kerajaan manakala selebihnya pelajar sekolah swasta dan persendirian.

Sementara itu, seramai 41 calon STPM daripada sembilan sekolah mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00.

SMJK Chung Ling Pulau Pinang mencatatkan jumlah tertinggi seramai 12 orang diikuti SMJK Chung Ling Butterworth (9 orang), SMJK Jit Sin (6 orang), SMJK Perempuan Cina (5 orang) dan SMK (Lelaki) Methodist (2 orang).

Seterusnya ia diikuti oleh SMK Penang Free (2 orang), SMK St. George (2 orang) SMK Tunku Abdul Rahman Nibong Tebal (2 orang) dan SMK St. Xavier (seorang).

Utusan Malaysia Online: 11 Mac 2009

Tiada ulasan: