Isnin, 13 April 2009

Fuad tumpu pembangunan sekolah desa

BATU PAHAT: Pembangunan sekolah di kawasan pedalaman Sarawak dan Sabah serta di perkampungan Orang Asli di Semenanjung, akan diberi perhatian utama bagi memastikan pelajar di kawasan berkenaan menerima pendidikan terbaik.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata beliau merancang mengadakan lawatan ke Sabah dan Sarawak, minggu depan bagi meninjau lebih dekat keadaan sekolah di kawasan pedalaman negeri itu.

"Hasil tinjauan itu nanti diharap dapat memberi gambaran jelas seterusnya memudahkan kita merangka pelan pembangunan sekolah di negeri berkenaan,'' katanya selepas menyampaikan bantuan kepada Sekolah Tinggi Chong Hwa Rengit, di sini semalam.

Mohd Puad berkata, beliau juga akan mengadakan lawatan ke beberapa sekolah bandar terutama di Kuala Lumpur untuk meninjau perkembangan prasarananya.

"Walaupun terletak di dalam kawasan bandar, ada sekolah yang memerlukan bantuan dan perhatian," katanya.

Berita Harian Online: 13 April 2009

Tiada ulasan: