Khamis, 16 April 2009

Guru penasihat terlalu kasar

SAYA menyertai perkhemahan unit kokurikulum sekolah di Pantai Balok, Kuantan, selama tiga hari berakhir 5 April lalu.

Apa yang ingin saya luahkan di sini, ialah sikap dua guru penasihat lelaki perkhemahan yang kasar memarahi beberapa murid. Saya tidak pasti kesalahan murid itu.

Murid berkenaan diherdik dengan bahasa kasar, dipaksa meniarap dan mencium pasir sambil seorang guru memijak kepala murid berkenaan.

Ayah, ibu dan dua orang abang saya juga guru, apabila saya ceritakan kejadian ini kepada mereka, mereka tidak mengulas panjang, sebaliknya mengatakan guru berkenaan berdepan masalah jiwa.

PESERTA KECEWA,
Kuantan, Pahang.

Utusan Malaysia Online: 16 April 2009

Tiada ulasan: