Rabu, 15 April 2009

TPM buat lawatan mengejut

SHAH ALAM 14 April _ Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran hari ini mengadakan lawatan mengejut ke Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Selangor di Seksyen 4, pada pukul 3 petang di sini.

Kunjungan itu adalah lawatan pertama ke jabatan pelajaran negeri setelah beliau menerima serah tugas daripada Menteri Pelajaran terdahulu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam satu majlis ringkas di kementerian tersebut di Putrajaya pada sebelah pagi.

Hishammuddin kini dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri, ekoran menyusunan semula Kabinet baru pada awal bulan ini.

Muhyiddin sebaik sahaja tiba pada pukul 3 petang terus mengadakan perbincangan dengan Pengarah Pelajaran Selangor, Dr. Zahri Aziz bersama pegawai-pegawai kanan dan berakhir satu jam setengah kemudian.

Rombongan Muhyiddin turut disertai oleh timbalannya, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Dr. Zulkurnain Awang dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom.

Utusan Malaysia Online: 15 April 2009

Tiada ulasan: