Isnin, 13 April 2009

PIBG hidup segan mati tak mahu

PROGRAM Kembara Pendidikan Yayasan Sarawak 2009 yang dianjur bersama oleh SK Dato Sharif Hamid, Marudi di Dewan Suarah Baram pada 4 April lalu berjalan dengan dingin disebabkan kehadiran golongan bapa amat menyedihkan.

Ramai yang hadir ialah daripada kalangan golongan ibu saja. Ke manakah perginya golongan bapa?

Perkara yang tidak disenangi oleh ibu bapa ialah apabila pihak sekolah terbabit selaku pengacara majlis menyebut bahawa ramai golongan bapa tidak hadir sebab mereka sibuk 'mesyuarat' di kedai kopi Ajok.

Pernyataan ini jelas menjatuhkan air muka ibu bapa di khalayak ramai dan bukannya untuk memotivasikan ibu bapa.

Kedinginan sambutan ibu bapa di sekolah ini ialah kerana kepincangan PIBG sekolah itu sendiri. PIBG sekolah ini sudah masuk tahun ke-3 tidak mengadakan mesyuarat agung.

INSAN TERKILAN,
Marudi, Sarawak.

Berita Harian Online: 13 April 2009

Tiada ulasan: