Sabtu, 19 November 2011

Terengganu nafi bocor soalan

Oleh Mohd Feroz Abu Bakar
feroz@bharian.com.my
2011/11/19

Sangkal dakwaan ekoran 11 tahun keputusan UPSR cemerlang

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu menafikan sekeras-kerasnya khabar angin mendakwa pentadbiran negeri terdesak untuk mengekalkan kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) selama 11 tahun berturut-turut hingga menyalurkan soalan bocor kepada calon.
EXCO Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd Rahman (kanan), berkata tuduhan berkenaan tidak berasas dan bersifat mempertikai integriti pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) serta warga pendidik di Terengganu.
Beliau mempersoalkan jika benar dakwaan itu, mengapa Kementerian Pelajaran tidak mengadakan peperiksaan ulangan.

“Pencapaian cemerlang calon UPSR di Terengganu sejak 11 tahun lalu hasil kerja keras murid, guru dan pegawai Jabatan Pelajaran peringkat negeri serta daerah. Sejak 2000, kerajaan negeri mengadakan kelas tambahan untuk calon dan memberi insentif kepada guru yang mengajar murid Tahun Enam.

“Bermula 2009 pula, kita membekalkan e-book atau komputer riba mini kepada setiap murid Tahun Empat yang mengandungi sukatan pelajaran serta lebih 40,000 soalan latih tubi UPSR,” katanya ketika ditemui Berita Harian, di sini semalam.

Pengumuman keputusan UPSR 2011 kelmarin menyaksikan 3,548 daripada 22,801 calon di Terengganu mendapat semua A, iaitu pencapaian terbaik di seluruh negara untuk 11 tahun berturut-turut.
Ahmad Razif berkata, selain dana Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri mengeluarkan peruntukan sendiri kira-kira RM25 juta setahun membekalkan e-book kepada murid, tidak termasuk RM8 juta untuk memberi komputer riba kepada 3,000 guru mengajar murid Tahun Enam dan 800 guru Angkatan Kerja Rajin Mulia (AKRAM) sejak tiga tahun lalu.


Berita Harian Online: 19 November 2011

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kebocoran soalan di Terengganu dah jadi perbualan umum dah di kalangan warga pendidik. Mana tidaknya, soalan tu bocor di pulau-pulau yang banyak terdapat di Terengganu. Orang-orang pulau tu semuanya sepakat belaka; daripada cikgu-cikgu, polis, pegawai-pegawai kerajaan sehinggalah semua penduduk setempat di pulau tu. Dengan kemudahan telekomunikasi mudah sahaja soalan tu bocor. Yang paling best adalah tahap tingginya kerahsiaan mereka-mereka yang terlibat. Macam tu nak kata Terengganu terbaik 11 tahun berturut-turut? Tak payah la... Apapun tahniah kepada semua rakyat Terengganu yang berjaya menyimpan rahsia sekian lama..

Anon

Tanpa Nama berkata...

RAHSIA sebenar Kejayaan terengganu(berdasarkan analisis) ialah:

"Di Terengganu,pelajar India terlalu kurang. Di negeri lain, pelajar India khasnya dari SJKT merupakan punca negeri-negeri lain di semenanjung sering terkebelakang". Kalau Tgnu berjaya mengekalkannya sehingga kiamat pun, saya tak terkejut.

Apapun, UPSR ni hanyalah UJIAN shj. Sijil pun tak ada. Tak perlulah nak dibangga-banggakan sangat.