Khamis, 17 November 2011

Wang RM100 hak pelajar, keluarga


GURU besar Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah, Azma Senun bersama pelajar-pelajar menunjukkan replika cek dan wang bantuan persekolahan RM100 di Kuala Terengganu semalam.


KUALA LUMPUR – Semua pihak diingatkan jangan sesekali memotong wang bantuan persekolahan sebanyak RM100 yang diagihkan kepada 5.3 juta pelajar di seluruh negara seperti yang diputuskan dalam Bajet 2012.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jika pihak sekolah atau PIBG membuat potongan terhadap wang bantuan itu, ia perlu dikembalikan segera kepada pelajar terbabit.

“Tindakan (memotong duit bantuan) itu tidak wajar kerana kerajaan telah memutuskan bahawa ia adalah hak pelajar dan keluarga mereka,” kata beliau yang juga Menteri Pelajaran pada sidang akhbar selepas majlis Sepetang Bersama Belia Wilayah Persekutuan di sini semalam.


Kosmo Online: 17 November 2011

2 ulasan:

Cikgu Musi berkata...

memang tak manis kalau duit 100 tu dipotong terus hutang -hutang yang ada...so sebaiknya ambil pendekatan berhemah....cadangkan kepada ibu bapa, untuk membayar segala yuran atau segala hutang piutang kepada sekolah...kalau dia bersedia nak bayra baguslah...kalau tak..nak buat macam mana?

Tanpa Nama berkata...

PPD Bachok apahal?
cakap-cakap berbisik .. hanya proxy dan kroni naik pangkat ... betul?

aku masih ingat kata PM Najib .. zaman kerajaan selalu betul dah berlalu.
Ingat .. kita hidup di dunia hanya sementara. ngko orang akan menjawab nanti di PADANG MASYAR .... ramai yg menunggu kamu di sana.