Jumaat, 1 Mei 2009

Guru miliki gambar bogel minta dibicara

KUANTAN 30 April - Seorang guru sekolah rendah jenis kebangsaan Cina didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memiliki dua keping disket mengandungi gambar bogel wanita yang dikatakan mirip pelakon Linda Rafar, kira-kira lima tahun lalu.

Foo Tip Hin, 56, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan ketika pertuduhan tersebut dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nordiana Abd. Aziz.

Tip Hin yang masih bujang didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah bernombor 16, Lorong Selamat 31, Jalan Teluk Sisek di sini, kira-kira pukul 5 petang pada 26 November 2004.

Kertas pertuduhan menyebut bahawa tertuduh didakwa memiliki dua keping disket bertajuk 'BW 1 dan Skandal Melayu LR' mengandungi gambar-gambar berunsur lucah pelakon berkenaan.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 5(1)(a) Akta Penapisan Filem 2002 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang berseluar panjang berwarna coklat dan berbaju T kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan.

Nordiana menetapkan 14 Mei ini bagi sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,500 dengan dua orang penjamin.

Dalam rayuannya sebelum itu, tertuduh meminta mahkamah mengurangkan jumlah wang ikat jamin yang ditawarkan dengan alasan sebagai seorang penjawat awam, dia tidak berniat melarikan diri.

Menurut tertuduh, dia mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Bahasa Melayu di sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di sini, dengan gaji bulanan sebanyak RM3,700.

Jelasnya, dia mempunyai seorang tanggungan iaitu ibunya manakala bapanya telah meninggal dunia.

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa, Cif Inspektor Mohamed Zakaria.

Utusan Malaysia Online: 1 Mei 2009

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mangkuk ayun. lu menda ni nak gempaq. dia cina ikut suka dia la. lu bawak mahkamah ni buang gas jer. melayu jenih haprak pun banyak simpan gambaq jenih ni. bodo betui la