13/05/2009 12:48pm
ALOR SETAR 13 Mei — Lebih 3,000 pencari kerja menghadiri sesi temuduga terbuka di Jabatan Pelajaran Negeri Kedah di sini hari ini.
Pengarah Pelajaran Kedah, Shahidan Abd Rahman, berkata empat jenis jawatan ditawarkan termasuk guru siswazah kontrak, pegawai tadbir kontrak, penolong pegawai tadbir kontrak dan pembantu tadbir kontrak.
Temuduga terbuka itu, yang sepatutnya diadakan sehari sahaja, dilanjutkan sehingga esok disebabkan terlalu ramai yang hadir, katanya.
Temuduga serupa turut diadakan di beberapa negeri lain.
Utusan Malaysia Online: 13 Mei 2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan