KUCHING 22 Mei - Kesatuan Guru Sarawak (STU) menyokong cadangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengehadkan jumlah mata pelajaran yang boleh diambil calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Presiden STU, William Ghani Bina berkata, langkah mengehadkan jumlah mata pelajaran yang diambil calon peperiksaan itu akan membolehkan pelajar berkenaan memberi lebih penumpuan kepada sesuatu subjek terutamanya kepada subjek teras.
Katanya, langkah itu juga akan mengurangkan beban ibu bapa yang sebelum ini terpaksa berbelanja lebih untuk membeli buku teks dan rujukan.
"Selain itu, ia juga akan membolehkan pelajar mempunyai banyak masa untuk berfikir," ujarnya di sini hari ini.
Utusan Malaysia Online: 23 Mei 2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan