Khamis, 29 April 2010

Beban tugas paksa pensyarah IPGM kerja lebih masa

2010/04/29

PADA Sabtu, 10 April lalu saya ada membaca artikel disiarkan di muka depan Berita Harian bertajuk ‘Seksa jadi guru’ dan dalam laporan sama juga menyatakan sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk mengkaji bebanan guru.

Syabas diucapkan kepada Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) atas keprihatinan terhadap bebanan guru sebagaimana dikongsi dalam surat pembaca Berita Harian, juga bertarikh 10 April 2010.

Saya akui cabaran berada dalam bidang pendidikan bukannya mudah kerana saya juga seorang pendidik. Oleh itu, saya hendak menarik perhatian Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pensyarah di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) juga berdepan masalah sama. Kemuncaknya apabila kami terpaksa bekerja lebih masa setelah Maktab Perguruan di seluruh negara dinaik taraf ke Institut Pendidikan Guru pada 2008.

Untuk makluman, kerjaya pendidik tidak seperti kerjaya lain. Sebagai pensyarah, tugasan kami tidak selesai di dewan kuliah malah bersambung di rumah pada sebelah malam. Selain mengajar, kami terpaksa mencari bahan untuk pengajaran pada keesokan hari, menyemak tugasan pelajar, menggubal kertas soalan di samping melaksanakan tugasan dalam jawatankuasa di IPGM termasuklah kerja perkeranian.

Kebanyakan tugas ini terpaksa dilakukan di rumah kerana waktu pejabat digunakan untuk membantu pelajar, penyeliaan praktikum, seminar, menguruskan acara di IPGM, latihan pembangunan staf, mesyuarat dan pelbagai lagi.

Kadang-kadang saya berasa tertekan apabila memikirkan rutin yang terpaksa saya lalui.

Sebagai pendidik, kami sedar tanggungjawab kami. Segala khidmat bakti dicurah dengan ikhlas demi melihat kejayaan anak bangsa.
Saya kira sudah tiba masanya pihak yang bertanggungjawab mengkaji kembali dasar kerja lebih masa yang dilaksanakan sama ada ia membantu meningkatkan kualiti kerja pensyarah di IPGM atau sebaliknya.

PENSYARAH PENAT
Kuala Lumpur

Berita Harian Online: 29 April 2010

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya ingin mengulas komen pensyarah penat dengan tugas harian. Saya teramat simpatilah. Saya sedarlah juga memang penat jadi guru. Walaupun mudah naik pangkat di IPG berbanding guru di sekolah memang tidak setimpal dengan kerja yang siang malam kena buat , fikir dan rancang.

Tuan/Puan Pensyarah kalau sudah penat tu senang sahaje jawab; " BUAT SURAT BERHENTI KERJA PENSYARAH". OK para PENSYARAH.

Tanpa Nama berkata...

ade ke kerja yg x penat. tapi komen encik ni x menyelesaikan masalah. resign then what? dia org nak makan apa. anak2 nak sara mcm mana. last2 depa kerja hentam2 aje.