2010/04/16
PADA 2008, anak saya mendapat keputusan 10A1. Malangnya dia tidak mendapat sagu hati seperti kebanyakan rakannya. Saya ke Jabatan Pelajaran Negeri Selangor (JPNS) untuk bertanya di mana boleh mendapatkan sagu hati itu.Sebelum ke JPNS, seorang kawan bercerita beliau dibantu pegawai wanita di Unit HEM. Secara kebetulan kawan saya hampir pengsan kerana kencing manis dan belum sarapan. Pegawai itu membawanya ke kantin dan memberi kopi serta roti. Beliau sangat berterima kasih kepada pegawai berkenaan walaupun urusan itu tidak berkenaan.
Saya mencari Unit HEM untuk mencuba nasib. Seorang pembantu tadbir menghantar kepada seorang pegawai wanita yang kelihatan amat sibuk.
Pegawai ini sudi mendengar masalah dan menghubungi Yayasan Selangor dan Yayasan Basmi Kemiskinan yang mengarahkan saya membuat surat.
Saya terharu kerana pegawai berkenaan menyediakan surat itu. Walaupun hajat mendapatkan sagu hati anak belum selesai, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada JPNS terutama pegawai yang banyak membantu saya.
Hanya Allah yang membalasnya.
BAPA ANAK CEMERLANG, Puchong
Berita Harian Online: 16 April 2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan