Jumaat, 30 April 2010

Pensyarah merungut kerjaya memalukan diri sendiri

2010/04/30

SAYA ingin merujuk surat bertajuk ‘Beban tugas paksa pensyarah IPGM kerja lebih masa’ seperti disiarkan di ruangan ini kelmarin kiriman ‘Pensyarah penat’.

Pada pendapat saya, adalah sesuatu yang amat menjengkelkan sekiranya seseorang pendidik termasuk guru atau pensyarah seperti beliau merungut di atas penat lelah yang ditabur ketika melaksanakan tugas diamanahkan kepada mereka.

Bagi saya, ia adalah sesuatu yang amat memalukan kerana mereka sendiri yang memilih bidang berkenaan, malah secara kuantitatifnya, mereka dibayar setiap bulan untuk mengajar ditambah dengan elaun yang lebih tinggi bagi yang berkhidmat di pedalaman.

Saya berikan satu contoh yang amat mudah difahami... katakan seorang jurutera geoteknikal yang dibayar oleh Petronas untuk melaksanakan sebarang proses kejuruteraan struktur di pelantar minyak sejauh Miri atau Kerteh selama sebulan di tengah lautan dalam dan langsung tidak bertemu dengan keluarga selama tempoh itu, saya yakin sepenuhnya bahawa jurutera itu tidak akan membantah atau mengeluh.

Ini kerana jurutera itu sendiri yang memilih pekerjaan berkenaan dan dibayar untuk melakukannya walaupun risiko untuk kehilangan nyawa adalah tinggi.

Sikap merengek manja di kalangan pendidik dan pensyarah dan juga seluruh kakitangan awam mestilah dielakkan agar bidang terbabit tidak menjadi gurauan sinis kononnya sifat tidak ikhlas dan malas itu sudah sebati dalam budaya rakyat Malaysia.

Bak kata bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad ‘Malaysia memiliki prasarana kelas dunia dengan mentaliti kelas ketiga’. Inilah mentaliti yang cuba kita ketepikan dengan bekerja bersungguh-sungguh serta melaksanakan semua tanggungjawab yang diamanahkan dengan ikhlas dan efisyen.

MOHAMMAD SHAFIQ SOHOT,
Kuala Lumpur


Berita Harian Online: 30 April 2010

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam...
Bg sy, mana2 kerjaya tidak salah jika kita merungut dgn bidang tugas masing2... contoh yg diberi tidak relevan.. jurutera hanya pergi ke pelantar minyak sebulan... slps itu akan pulang ke darat...
bg contoh guru pula, jika ditempatkan di sek di pedalaman sabah @ sarawak sdgkan isteri @ suami berada di Semenanjung M'sia.. berapa lama guru tersebut akan berada di pedalaman? tidak mungkin hanya sebulan shj... mungkin 2@3@4 thn... mungkin juga terpaksa berkampung di sana...
Bila menjadi guru@pensyarah, anda akan bekerja tanpa henti sehingga pencen@mati.... kerja yg tkkan habis...
Rungutan pensyarah berkenaan sekurang2nya dpt menghilangkan stress yg beliau hadapi... fahamilah kerjaya perguruan, barulah anda tahu beban kerjanya...