Ahad, 10 Mei 2009

Usah sorok kes keracunan makanan

KOTA BHARU: Semua Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) diingatkan supaya tidak menyembunyikan kes keracunan makanan pelajar di sekolah daripada pengetahuan semua pihak bagi membolehkan ia dihebahkan sebagai pengajaran.

Pengarah Jabatan Pelajaran (JPN) Kelantan, Mohd Ghazali Ab Rahman, berkata pihaknya tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana PPD yang cuba berbuat demikian kerana kes terbabit dianggap serius dan perlu diketahui umum.

Katanya, berhubung kes terbaru di Kuala Krai, Rabu lalu, pihaknya masih meneliti dakwaan bahawa ada pegawai pelajaran daerah cuba menghalang wartawan membuat liputan kes keracunan terbabit.

“Kita dapat tahu lelaki terbabit bukan PPD yang dimaksudkan dan ia mungkin pegawai lain yang ada di situ.

“Bagi JPN, kes keracunan makanan pelajar sekolah tidak boleh disorok dan semua PPD diingatkan supaya tidak berbuat demikian.

“Sehingga kini kita tidak dapat mengenal pasti siapa yang dimaksudkan dalam laporan akhbar sehari selepas kejadian itu (Khamis lalu) yang cuba menghalang wartawan membuat liputan kes itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Dalam kejadian itu, 75 pelajar Sekolah Kebangsaan Yahya Petra 1 mengalami cirit-birit, muntah, pening kepala dan pengsan, dipercayai keracunan makanan selepas menikmati ‘hidangan basi’ di kantin sekolah itu.

Kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu disedari guru sekolah selepas melihat beberapa pelajar mengalami tanda keracunan, termasuk muntah dan pengsan.

Bagaimanapun, usaha wartawan untuk mendapatkan komen pengurusan sekolah berhubung kejadian itu gagal kerana mereka sibuk menguruskan pelajar supaya rawatan boleh diberi secepat mungkin.

Seorang lelaki yang juga Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) kemudian menghampiri wartawan dan bertindak kurang sopan apabila cuba menghalang mereka membuat liputan.

Sementara itu, Mohd Ghazali berkata, Jabatan Kesihatan menyita kantin terbabit selama 14 hari selain mengambil sampel makanan.

“Selepas mengambil sampel itu, mereka akan membuat laporan kes. Selain tindakan sita, pengusaha kantin diberi tiga hingga empat hari untuk mengikuti cadangan yang diberi Jabatan Kesihatan,” katanya.

myMetro: 10 Mei 2009

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kebelakangan ini nilai maruah guru yabg bertugas semakin merosot.di pagi hari hari berpakaian baju kurung tetapi berpeleseran dengan lelaki dan melakukn hubungan seks.bertugas sebagai guru kafa di sekolah agama sri lalang dan berpewatakan baik tetapi tidak menunjukkan nilai sebagai nilai seorang pembimbing.mengambil kesempatan di atas rupa dan konon nye sifat yang baek utk memperdayakan lelaki.saya bukan berniat untuk memburukkan keadaan tetapi sudah perit mata melihat sikap nye yang talam dua mika yang mungkin akan mempengaruhi anak2 murid.mungkin tuan akan anggap email ini fitnah tetapi pihak tuan boleh memanggil guru ini utk menilai sikap sebenarnye kerana saya tidak mahu kan anak2 saya bakal terpengaruh dengan sikap buruk beliau.cukup lah saya kenalkan dia guru yang mula bertugas sebagai guru kafa di sek agama sri lalang pada awal tahun lepas.untuk kebaikkan anak2 di masa depan saya harap perkara ini di siasat dan saya yakin tuan pasti ada cara untuk memastikan benar atau tidak sikap nye yang seperti baik di luar sedangkan sudah di tebuk tupai.saya sangat berharap pihak tuan mengambil serius aduan saya ni.