Masalah penempatan guru memang rumit untuk diselesaikan. Ia menjadi bertambah sulit apabila terdapat segelintir daripada 400,000 guru yang masih dalam perkhidmatan memohon bertukar sekolah dengan alasan yang kurang wajar.
Rata-rata mahu mengajar di sekolah yang dekat dengan rumah. Lalu mereka cenderung menjadikan alasan rumah sedia ada atau rumah yang baru dibeli berhampiran sekolah sebagai sebab untuk bertukar tempat mengajar.
Sememangnya semua orang dalam apa jua profesion pun menginginkan jarak tempat tinggal yang berhampiran dengan tempat kerja. Jimat masa dan jimat kos.
Namun, kita juga perlu profesional kerana penempatan guru adalah berdasarkan keperluan perkhidmatan. Bukannya mengikut kesesuaian tempat tinggal.
Faktor ini penting demi meminimakan masalah kekurangan guru di kawasan luar bandar dan pedalaman tetapi terlebih guru di sekolah tertentu di kawasan bandar.
Misalnya, satu sekolah hanya memerlukan tiga guru Matematik tetapi terdapat lima guru di situ. Jika opsyen kedua semua guru ini berbeza, maka mereka boleh mengajar subjek yang lain. Tiada masalah.
Sebaliknya, masalah akan timbul jika ada pertindihan opsyen. Ia membabitkan guru terbabit, pengurusan sekolah dan Kementerian Pelajaran. Akhirnya pelajar menjadi mangsa keadaan, diajar oleh guru yang tidak terlatih dalam subjek berkenaan.
Justeru, bertukarlah dengan alasan yang konkrit seperti disebabkan isu keselamatan atau faktor kesihatan.
Contoh isu keselamatan ialah hal yang berbangkit akibat keganasan rumah tangga. Misalnya seorang guru wanita menerima ugutan dan ancaman daripada bekas suami. Bila ini berlaku memang wajar dan ada keperluan untuk beliau berpindah ke sekolah lain.
Manakala dalam masalah kesihatan pula mestilah yang melibatkan sakit kronik dan memerlukan rawatan rapi. Kemudahan perubatan mungkin hanya terdapat di hospital di kawasan bandar sahaja.
Bagaimanapun, ia terhad kepada guru itu sendiri dan ahli keluarga terdekatnya iaitu anak, suami atau isterinya sahaja.
Ibu bapa tidak termasuk dalam kategori ini. Rasionalnya, tanggungjawab menjaga ibu bapa yang uzur perlu dipikul bersama dan bukannya diletakkan kepada guru berkenaan sahaja.
Selain itu, alasan mengikut suami perlu diberi keutamaan agar tumpuan guru terbabit tidak terjejas. Ia juga bagi memastikan guru itu dapat memberikan prestasi yang tinggi dan terbaik untuk para pelajarnya.
Jelas di sini, Kementerian Pelajaran menitikberatkan tahap kemanusiaan yang tinggi dalam penempatan para guru supaya kebajikan mereka terbela.
Hal ini secara tidak langsung akan memotivasikan guru untuk komited dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab masing-masing.
Dalam pada itu, pertukaran guru juga dilakukan secara pentadbiran. Sebagai contoh, jika Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) mendapati ada lebihan seorang guru Bahasa Inggeris di sekolah A dan sekolah B memerlukannya. Maka guru tersebut akan dipindahkan ke sekolah B walaupun beliau tidak membuat sebarang permohonan pertukaran tempat mengajar.
Bagi guru yang memohon pertukaran secara atas talian, keputusan telah pun diumumkan. Kepada yang berjaya, selamat mencurah bakti di sekolah yang baru. Kepada yang kurang bernasib baik, bersabar dan jika perlu, buatlah rayuan.
Bila membuat rayuan pastikan mengikut etika dan tatacara urusan rasmi. Jangan dibawa bayi atau anak kecil ke pejabat. Apatah lagi ibu atau bapa yang uzur. Ia boleh mengganggu ketenteraman dan menjejaskan urusan pihak lain. Malah ia mungkin menjejaskan tugasan lain pegawai terbabit.
Memadai dengan menyediakan dokumen sokongan untuk rujukan pihak yang berkenaan. Bukti itu sudah mencukupi tanpa perlu ditambah dengan elemen emosi dan simpati.Utusan Malaysia Online: 22 November 2010
8 ulasan:
Ramai guru tempatan Sabah menyewa rumah antara RM300.00 hingga RM800.00 sebulan. Ini belum kira perjalanan dari rumah sewa ke sekolah.Ada rumah sewa tu jauh kerana rumah sewa berdekatan sekolah tiada ada. Bahkan ada guru terpaksa ulang alik dari Kota Kinabalu ke Kota Marudu, dari Kota Belud ke Kota Marudu hanya kerana memkirkan keluarga dan kepayahan pindah rumah kerana secara matematiknya sewa rumah di Kota Marudu dibandingkan dengan kos perjalanan sebulan ada sama atau lebihkurang sahaja.
Jadi mana rumah guru yang diwar-warkan sejak 1990an lagi sampai sekrang mana....janji kosong..sahaja.
SMK. Kota Marudu sudah berdiri sejak 1980an sudah 30 tahun tersergam tua sampai sekarang bilangan rumah guru tetap sama malah ada bilik yang mengalami kerosakan..Ini baru sebut SMK.Kota Marudu. Macam mana dengan SMK.Langkon, SMK.Kota Marudu II, SMK. Tandek, SMK. Bengkongan....
Ucapan-ucapan YB-YB Menteri yang berjanji akan memberikan keselesaan kepada warga pendidik khususnya tempat tingga. mana..mana
ETP guru Sabah tidak cukup mereka hanya menerima antara RM180.00 hingga RM400.00. Rumah sewa RM500.00
Tapi guru SM dapat RM800.00 hingga RM1000.00 mereka sewa satu rumah ramai-ramai antara 3 hingga 4 orang sudah selesai, ada baki lagi setiap bulan.
Memang alasan mahu pindah sekolah dekat rumah sendiri tu adil kepada guru-guru tempatan Sabah.Ini bukan soal profisional tetapi soal kebajikan rumah guru...mana???
Golongan guru dari jauh ketawa terbahak-bahak sebaliknya guru ditempat sendiri menangis terisyak-isyak memikirkan nasib badan tidak terbela nasib mereka...
Jangan pandai menasihat sahaja tanpa menyelami perasaan orang yang gagal dalam permohonan pindah bertugas.
guru yang mohon berpindah bersama suami isteri senag2 je dapat.. sedangkan kami ni mohon berpindah mengikut suami begitu susah dapat. dh 2 tahun berjauhan, masih jg xdapat2 tukar. mana lebih penting, laki bini yang memang dh tinggal sama2 ke bini yang jauh dari laki yang patut d pindahkan dulu?? kami bkn mintak suka2la tukar ni..nk ikut suami, pindah ikut suami..xpaham ek.
SAYA DUDUK BERJAUHAN DGN suami dan bayi yang masih menyusu badan, sudah setahun lebih pohon untuk tukar dari Kedah ke Ipoh ,terpaksa ulang alik dua hari sekali untuk memberi susu perahan dan badan,bayi sakit dan sensitive,kos sebulan hanya untuk perjalanan rm1300, setahun lebih menangung masalah kesihatan,TETAPI SAMPAI KINI jawapannya tiada opsyen bahasa inggeris di perak, muskil saya ! yang paling menyakiti pihaknya menjawab panggilan saya " klu boleh berhenti kerja dan cari kerja kat swasta" " u rayu sepuluh kali pun saya jawab tiada opsyen", REAL LIE , mana pergi sifat kemanusiaan, pedih hati menangung kehidupan seharian mana pergi konsep"rakyat didahulukan" "satu malaysia".....
guru-guru kena patuhi,KPM suruh bawa dokumen pertukaran aje ke pejabat mereka.... xbole bawa anak kecil atau ibu bapa yg uzur, tp apabila guru berurusan,layanan amat teruk...pengarah di KPM cakap "kalo dah berjauhan dengan suami kenapa cikgu mengandung? xbole ke wat projek pakai alat, barulah tak hamil.... macam tu sekali ke ayat orang yang berpendidikan?? xade pegangan agama betul....zuriat tu kurniaan daripada Allah
kenapa bila cikgu yang ada "kabel" senang pula dpt tukar....6bulan dah dapat tukar....orang yang tak ada kabel sampi 6 thn pn belum dapat...alasan KPM...negeri yg dipohon penuh,xcukup lagi ka syarat ikut suami? xcukup lagi ka dh ada laporan doktor pakar?
BEGITU MENGGERUNKAN TINDAKAN KPM TERHADAP KEBAJIKAN GURU-GURU YANG MEMPUNYAI MASALAH MOHON TUKAR IKUT SUAMI WALAUPUN DAH MOHON IKUT PROSEDUR...
SAYA AKAN MOHON PERTUKARAN SECARA ONLINE ESOK 1 APRIL 2012 UNTUK IKUT SUAMI YANG DAH BERTUGAS DI KOTA MARUDU SABAH.SAYA BRTUGAS DI IPOH DAN HANYA TINGGAL DI RUMAH BERSAMA ANAK UMUR 2 TAHUN TIADA ADIK BRADIK DAN AHLI KELUARGA,...MAJIKAN SAYA TELAH BERSETUJU UNTUK SOKONG PERMOHONAN SAYA DSBBKAN MASALAH YANG TIMBUL SEPANJANG KETIADAAN SUAMII SAYA DI IPOH..NAMUN JIKA KPM TIDAK MELULUSKAN PERMOHONAN SAYA BAGAIMANA??ADAKAH CARA LAIN YANG PERLU SAYA BUAT SELAIN DARIPADA MOHON SEMULA PADA HUJUNG TAHUN INI???
Saya sedih dgn sistem penempatan guru. Mengapa masih diletakkan guru sudah beranak pinak jauh dri pasangan. terpaksa meninggalkn ank2 dan suami utk ke sabah srwk. Ini kah yg dikatakan pengorbanan sedangkan terpaksa mengabaikan anak2. hari2 risau meikirkan ank2. Bagaimana dgn kasih sayang dan keselamatan mereka? Ini bole merosakkn institusi kekeluargaan. Adakah KPM tidak sedar atau mengambil tidak peduli dgn isu ini.
Catat Ulasan