Rabu, 24 November 2010

Ibu terharu keikhlasan guru sekolah

2010/11/24

SAYA yang mempunyai anak yang bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Putrajaya 16/2 ingin mengucapkan setinggi tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada guru yang mengajar anak murid Tahun 6.

Mereka sangat berdedikasi dan mempunyai semangat yang tinggi dalam memupuk semangat pembelajaran anak murid, termasuk anak saya.

Anak saya lemah dalam pembelajaran dan guru sanggup meluangkan masa untuk anak saya semata-mata untuk melihat dia berjaya.
Mereka memberikan semangat untuk berjaya dalam kokurikulum yang mana anak saya banyak menyertai acara sukan sehingga berjaya mewakili negeri dalam Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia.

Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Shida, Cikgu Azizah dan Cikgu Azmi. Budi kalian hanya Allah SWT saja yang mampu membalas. Syabas kepada guru besar kerana mempunyai guru berjiwa mulia dan ikhlas dalam mendidik anak muridnya.

NORAINI AHMAD,

Putrajaya


Berita Harian Online: 24 November 2010

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Guru hanya pembimbing. Terpulang kepad murid. guru tak boleh menentukan keputusan murid.

Tanpa Nama berkata...

Guru tahun 6 aje ke? Guru tahun lain tak beri komitmen ke? Kecik hati.......

Muhammad Izuan berkata...

Betul, guru hanya pembimbing... yang penting pelajar tu sendiri ingin belajar... dan guru menunjukkan cara yang betul... tapi guru yang ikhlas memang patut dihargai :)

Tanpa Nama berkata...

Biasalah ... Selalunya cikgu ajar tahun 6 ajer yg dinobatkan. Itulah dunia penuh dengan dugaan dan cabaran. Kawan2 cikgu yang tak ajar tahun 6, bersabarlah. Tak dapat pujian di dunia tak mengapa. Ikhlaskan kerja kita, Insya-Allah lapang dada.