2010/11/26
KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk surat pembaca Bakal PhD, Sungai Petani, Kedah, dalam ruangan Surat & Emel akhbar Berita Harian bertarikh 2 November 2010 bertajuk ‘Pelaksanaan kenaikan gred PPPS’.Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) memutuskan Margin of Preference (MOP) lebih besar diberikan kepada pegawai memiliki kelayakan lebih tinggi termasuk pemegang ijazah doktor falsafah (PhD) dalam urusan kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS).
Syarat kenaikan pangkat ditetapkan oleh LKPPP masih terpakai. Manakala, kriteria penilaian dipinda bagi semua urusan kenaikan pangkat mengikut laluan cemerlang dengan memasukkan kriteria kelayakan akademik di peringkat PhD dan pengalaman bertugas.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran Malaysia
Berita Harian Online: 26 November 2010
1 ulasan:
Tapi kenapa pemegang master tiada perubahan gred.Apakah kelulusan master itu lebih rendah daripada Bc
Catat Ulasan