2010/11/02
KUALA LUMPUR: Mulai 2012, sebanyak 40 peratus daripada pemarkahan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan mengambil kira aspek kokurikulum, pembelajaran secara interaktif dan hubung kait dengan persekitaran.Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata 60 peratus lagi adalah subjek teras berbanding 100 peratus ketika ini yang bertujuan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan serta tidak memberi tekanan kepada murid.
“Saya akan mengumumkan secara terperinci mengenai penambahbaikan UPSR dipersetujui tidak diteruskan dalam bentuk sedia ada.
“Pembelajaran harus dilihat sebagai suatu perkara menyeronokkan. Namun, ini memerlukan kita melatih semula guru supaya penyampaian pengajaran dan pembelajaran dilakukan secara paling berkesan,” katanya semalam.
Mengulas kes dua beradik melecur teruk pada tapak kaki dan lengan kiri ditekap seterika di Pasir Mas, Kelantan yang didakwa dilakukan seorang warden asramayang mahu mengejutkan mereka daripada tidur dalam kejadian 12 Oktober lalu, beliau berkata, tindakan setimpal diambil jika dakwaan itu benar.
Berita Harian Online: 2 November 2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan