KOTA BHARU: Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan mengarahkan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Pasir Mas supaya menyiasat kejadian pelajar dari sebuah sekolah menengah di daerah itu yang cedera teruk selepas dipercayai ditekap dengan seterika oleh seorang warden pada 12 Oktober lalu.
Katanya, sehingga semalam JPN negeri masih belum menerima sebarang laporan mengenai pelajar sekolah itu yang cedera akibat ditekap dengan seterika dan dijangka mendapatnya tidak lama lagi.
Pengarahnya, Hussain Awang berkata, pegawai PPD itu diarahkan menjalankan siasatan terperinci terhadap warden berkenaan yang juga pengetua sekolah terbabit sebelum menghantar satu laporan bertulis kepada JPN negeri untuk siasatan lanjut.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 pagi itu, mangsa, Muhammad Al Hakim Mat Nawi, 16, dan adiknya Muhammad Fairuz, 14, terpaksa menerima rawatan di Hospital Lati Pasir Mas, akibat kecederaan dialami.
Berita Harian Online: 1 November 2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan