Jumaat, 26 November 2010

Tiada surat sokongan

PUTRAJAYA 25 Nov. - Guru-guru yang memohon untuk bertukar mengajar di sekolah lain perlu melalui proses pertukaran biasa tanpa menggunakan surat sokongan individu tertentu seperti ahli politik.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata, guru-guru perlu mematuhi syarat-syarat pertukaran yang telah ditetapkan seperti sudah berkhidmat selama lima tahun di sesebuah lokasi.

Katanya, faktor kekosongan bagi mata pelajaran penting seperti Bahasa Inggeris akan diberikan keutamaan dan bukannya mengikut kehendak seseorang guru.

''Tidak semua permohonan dianggap berjaya kerana pertimbangan kementerian berdasarkan kriteria ditetapkan dan disokong oleh jawatankuasa yang telah dilantik.

''Jawatankuasa tersebut yang akan membuat pertimbangan berdasarkan keperluan sekolah bagi menguruskan penempatan guru," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Sebagai contoh, katanya, jika di Kelantan sudah mempunyai guru agama mencukupi, maka sudah tentu permohonan mereka terpaksa ditolak tetapi jika guru Bahasa Inggeris yang memohon, ia akan diterima.

Beliau mengulas surat pekeliling daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan yang memberikan garis panduan berhubung tindakan ke atas surat sokongan yang diterima daripada pemimpin kerajaan, individu berpengaruh atau mana-mana orang mengenai sesuatu urusan kerajaan.

Abdul Ghafar berkata, guru-guru yang mahu memohon pertukaran penempatan ke sekolah baru perlu mematuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara itu kerana ia terpakai untuk semua kakitangan awam.

Utusan Malaysia Online: 26 November 2010

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sukar nak percaya.. kalau Menteri yg t.t surat sokongan, berani ka pegawai KPM menolaknya. Alamat kena tukarlah....

Tanpa Nama berkata...

Apa k takut YB-YB mereka pun makan nasi.Sebarang pertukaran pegawai adalah urusan pegawai perkhidmatan awam bukan urusan YB.Hanya YB yang tidak tahu skop tugas mereka sahaja atau mereka yang tidak memahami arahan kerajaan sahaja yang suka campur tangan. Mereka dilantik menjadi YB bukan kerana mereka pandai atau lebih baik daripada pegawai perkhidmatan awam. Kamu tahukah ada YB tu tiada sekolah universiti cuma mereka tu jual air liur bercakap merapu-rapu, memamg pintar bercakap kerana mereka tu bilut.
Walau bagaimana pun ada juga YB yang memang tinggi ilmu dan tinggi sekolah macam YB-YB Dr,bekas profesor, pegawai-pegawai tinggi kerajaan tapi mereka asal nya dari pegawai perkhidmatan awam yang sebenar.YB ini kita hormatlah..tapi mereka yang cakap tak serupa bikin kemudian pandai-pandai tukarkan pegwai tu janganlah ..Sepatutnya mereka ini menjaga arahan-arahan kerajaan dan juga reputasi mereka sebagai YB. Kalau YB yang suka-suka pindahkan orang tu sesuka hati macamlah diktator zaman Hang Tuah.

Tanpa Nama berkata...

tak guna kabel pah mapuh tokleh tukar...kita cukup syarat..ada biawak lain pulak potong trip...ke guano..tok cekek nok berulang doh bini duk jauh