Rabu, 17 November 2010

Guru mahu kurus badan dakwa berat tidak turun

IPOH 16 Nov. - Seorang guru yang ingin kelihatan kurus telah mendakwa tertipu apabila berat badannya tidak menurun selepas membayar RM2,000 untuk menjalani rawatan menguruskan badan di London Weight Management (LWM) pada 16 Jun lalu.

Namun, setelah mengikuti enam daripada 10 sesi rawatan yang ditawarkan, K. Kumuthavally, 38, sudah mula kurang yakin dengan perkhidmatan yang ditawarkan, sekali gus ingin menuntut baki bayaran empat sesi yang masih belum dipenuhi.

Pada masa sama, dia yang juga tidak menghadiri rawatan kali kelima kerana sibuk berpindah rumah baru akhirnya membawa perkara itu ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Presiden TTPM, Faridah Abraham ketika mengadili perbicaraan tersebut berkata, berdasarkan rekod rawatan yang diterima Kumuthavally, ia jelas menunjukkan terdapat pengurangan ukur lilit badan seperti yang dijanjikan LWM.

"Pihak LWM telah menunaikan jaminan mereka bahawa setiap pelanggan akan mengalami pengurangan ukur lilit badan daripada 4 ke 16 cm bagi setiap dua rawatan dan bukannya berat badan.

"Sehubungan itu, ia jelas menunjukkan bahawa penentang (LWM) tidak langsung melanggar kontrak perjanjian yang ditandatangani bersama penuntut," katanya.

Dalam pada itu, menurut wakil LWM, ukur lilit pinggang Kumuthavally telah mengalami pengurangan pada setiap rawatan iaitu 6.8 cm bagi rawatan pertama diikuti oleh 7.9 cm bagi rawatan kedua, 6.8 cm (rawatan ketiga) dan 6.8 cm (rawatan keempat).

Malah katanya, pihak syarikat turut mengesyorkan pelanggan untuk datang menjalani rawatan pada seminggu atau dua minggu sekali bagi mendapatkan hasil yang berkesan.

Sehubungan itu, Faridah memutuskan Kumuthavally gagal menuntut bayaran baki sesi rawatan yang masih belum dipenuhi.

Sebaliknya, beliau meminta Kumuthavally melengkapkan sesi rawatan tersebut memandangkan dia menggunakan perkhidmatan itu sebanyak 60 peratus.

Beliau berkata, pihak LWM turut berbesar hati untuk menawarkannya satu rawatan tambahan Blue Spirit Treatment yang berharga RM450 secara percuma.

Utusan Malaysia Online: 17 November 2010

1 ulasan:

Unknown berkata...

saya NAK MENJEMPUTLER PUAN DAN KAWAN2 KE PREVIEW .. 'BERAT BADAN IDAMAN BUKAN MIMPI LAGI' DI WORLDWELLNESS STOCKIST CENTER SHAH ALAM, jalan snuker 13, SECTION 13, SHAH ALAM, 40100, SELANGOR PADA 29NOVEMBER2010 PUKUL 8MLM. SILA HUBUNGI UNTUK 0172246469 UNTUK PENGESAHAN KEHADIRAN.. KAMI AKAN MEMBERIKAN MINUMAN SECARA PERCUMA PRODUK KAMI... HARGA PRODUK JUGA BERBALOI-BALOI DAN MURAH, BERKESAN