Ahad, 21 November 2010

Liat bayar yuran PIBG

Oleh IDRIS MUSA
idris@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Masih ada ibu bapa di kawasan elit yang liat untuk menjelaskan yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi tujuan kebajikan anak mereka, walaupun sekadar RM50 setahun.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, beliau terkejut selepas diberitahu masih ada ibu bapa bersikap seperti itu.

Menurutnya, memang pelik apabila ada ibu bapa kepada murid di sekolah kawasan elit gagal menghulurkan bayaran seminimum itu, sedangkan pada waktu sama mereka rela membayar bil Astro setiap bulan.

“Saya terkejut mendengar di taman elit seperti Taman Tun Dr Ismail masih lagi ada ibu bapa tak memberi sumbangan RM50 setahun.

“Takkanlah RM50 untuk anak mereka memberi bebanan begitu kuat sampai tak boleh membantu.

“Jika sekolah di kawasan Pantai Dalam dan Sentul, mungkin boleh diterima alasan ibu bapa tidak mampu.

“Tetapi jika nak kata RM50 setahun tak mampu di Kuala Lumpur ini, berat juga nak diterima. Sepatutnya itu menunjukkan pengorbanan ibu bapa untuk anak mereka, bersama ibu bapa lain,” katanya pada majlis penyampaian anugerah kecemerlangan kepada 62 murid cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan perasmian bangunan Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 2, di sini, semalam.

Sebelum itu, Yang Dipertua PIBG sekolah berkenaan, Ariff Fadillah Mohd Kulal, dalam ucapan aluannya mendedahkan sesetengah ibu bapa enggan memberikan komitmen bagi kemajuan anak mereka, termasuk menjelaskan yuran tahunan.

Raja Nong Chik berkata, ibu bapa sebenarnya mempunyai peranan sangat penting terhadap anak mereka dan bukan melepaskan tanggungjawab kepada guru, pihak sekolah dan PIBG.

Menurutnya, sikap alpa dengan urusan pekerjaan sehingga tidak meluangkan waktu kepada anak menyumbang kepada kemerosotan prestasi anak dalam pelajaran.

“Ini satu sebabnya saya dapati kadangkala prestasi murid, khususnya di bandar, menurun apabila ibu bapa tidak memberi masa kepada anak mereka.

“Kebelakangan ini saya dapati sekolah di mana ibu bapa mereka duduk di flet kos rendah, banyak kita tengok anak mereka lebih teruk daripada ibu bapa sendiri.

“Mungkin tidak ada masa, tidak ada kemudahan dan tidak ambil berat. Mereka yang ambil berat biasanya anak mereka cemerlang walaupun datang daripada golongan setinggan, yang duduk flet kos rendah,” katanya.

Ketika ditanya mengenai dasar yang diambil kira bagi menempatkan penghuni rumah pangsa kos rendah di ibu kota, beliau berkata, yang penting semua kawasan rumah pangsa perlu mencerminkan 1Malaysia..

myMetro: 21 November 2010

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bayaran PIBG itu bukan yuran. Ia adalah berbentuk derma ibubapa kepada sekolah. Mana ada surat pekeliling yang menyebut yuran PIBG. Ibubapa ada hak tidak membayar apalagi didapati pihak pengurusan sekolah menggunakan bayaran PIBG sekolah tidak terkawal atau sewenang-wenangnya.

Ada sesetengah Pengetua itu menyerahkan semua bulat-bulat bayaran keperluan sekolah kepada PIBG sedangkan PIBG bukan ada punca pendapatan membayara segala keperluan sekolah khususnya di luar bandar.

Tapi saya ada cadangan kalaulah PIBG di beri peranan melaksanakan beberapa projek sekolah mungkin boleh membantu sekolah mendapatkan dana. Tapi bolehkah...nanti datang BPR

Tanpa Nama berkata...

Sekarang ni, KPM juger menggunakan PIBG untuk mengutip macam2 bayaran untuk sekolah. KPM minta supaya mesy PIBG tentukan, sdgkan Pengetua/Guru Besar adalah Penasihat PIBG dan sebahagian guru adalah AJK PIBG. Sudah tentu "SETUJU".

Eloklah tu .. Matlamat Menghalalkan Cara. Sekarang ni dah macam trend ... Buatlah selagi berkuasa.

Tanpa Nama berkata...

Yang paling "Tak Cerdik" ialah yang memansuhkan yuran persekolahan dan peperiksaan.

Paling tidak pun, dikurangkan je lah. Bila dah mansuh, susahlah nak kutip balik.

Semua nak free. Kalau yg betul-betul miskin, bolehlah dkecualikan. Majoriti mampu.
Tapi, bila bab pendidikan, kita terlalu kedekut utk membelanjakan wang. Tapi utk handphone, Astro... berapa pun sanggup bayar.
Camna nak jadi bangsa yg maju?

Tanpa Nama berkata...

Siapa suruh buat keputusan hanya kerana hendak pancing undi. Terlajak perahu boleh tarik terlajak keputusan kerajaan yang rugi