Khamis, 18 November 2010

Guru perlu berubah jika mahu maju


Sapawi Ahmad (kiri) menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009 di SFI Motel, Sipitang, baru-baru ini.


SIPITANG 17 Nov. – Warga pendidik di negeri ini perlu bersedia menerima dan melakukan perubahan jika mahu terus maju dalam bidang pendidikan.

Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad berkata, ini kerana kemajuan pesat dunia sekarang turut memberi kesan kepada pembangunan pendidikan termasuk di negara ini.

‘‘Pembangunan pendidikan perlu selari dengan keadaan dunia dan ia turut memerlukan warga pendidik untuk menerima dan bersedia melakukan perubahan itu.

‘‘Langkah itu perlu supaya warga pendidik kita tidak ketinggalan kerana kelemahan pendidik boleh membantutkan perkembangan sistem pendidikan negara,” katanya pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009 di SFI Motel di sini kelmarin.

Hadir sama Pegawai Pelajaran Sipitang, Abdul Razak Abdul Karim; Pengerusi Majlis Guru Besar Sipitang, Asli Moksin dan Pemimpin Kemajuan Rakyat Sindumin, Abdul Rahman Mohd. Noh.

Pada majlis itu seramai 64 pendidik dari 25 buah sekolah di daerah itu menerima anugerah perkhidmatan cemerlang Pejabat Pelajaran Sipitang.

Sapawi berkata, warga pendidik yang sentiasa mengikuti arus perubahan akan berupaya memberi bimbingan serta didikan yang berkesan kepada pelajar.

Katanya, usaha melahirkan generasi berilmu dan berhemah tinggi memerlukan sokongan daripada warga pendidik itu sendiri.

Dalam pada itu beliau berkata, kerajaan juga sentiasa memberi perhatian terhadap kepentingan dan kebajikan di kalangan pendidik yang bertanggungjawab melahirkan generasi berilmu negara pada masa depan.

Beliau bagaimanapun menegaskan ibu bapa tidak boleh ‘lepas tangan' dengan meninggalkan sepenuhnya tugas mendidik anak-anak kepada guru.

Katanya, tugas itu wajar dilakukan oleh golongan ibu bapa ketika berada di rumah dan meluangkan lebih masa bersama mereka.

Utusan Malaysia Online: 18 November 2010

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apakah selama ini Guru statik, tiada peruahan,cetek pengetahuan?

Orang politik itu mudah berubah?Dinamik?

ATAU bagaimana yang dimaksudkan berubah?? Lupa daratan, lupa tanggungjawab kalau sudah kaya, sudah ada kedudukan yang lama ditinggalkan?
Kawan-kawan lama sudah dilupakan?

apa..apa lah....

gurubengang berkata...

guru x berubahkah dr xaman dahulu? bangang punya ahli parlimen

Tanpa Nama berkata...

Dia tu guru juga asalnya tapi sudah lama jadi orang politik

Bahasa politik tu lain sikit kadang-kadang tinggi,sombong, tembereng, mengugut,memuji,simpati,sopan,sedi dan macam-macam lagi

mereka dilatih pandai memutarkan cerita le

Tanpa Nama berkata...

berubah apanya lagi?
kami sentiasa berubah mengikut keadaan, kalau dulu pengetua A begini, datang pengetua B, begitu, kami perlu berubah mengikut cara mereka.Letih lah.