Sabtu, 24 Oktober 2009

20 Okt - Guru Kafa Perak Patut Dibayar Elaun RM1,249.88

kafa

GURU Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) di Perak yang mengajar 60 jam sebulan sepatutnya menerima elaun bulanan berjumlah RM1,249.88, berbanding RM500 sebulan seperti ditetapkan garis panduan dikeluarkan negeri.

Laporan Ketua Audit Negara 2008 berpendapat, guru Kafa berkenaan sepatutnya menerima elaun tambahan berjumlah RM749.88 sebulan kerana mengajar 36 jam melebihi tempoh masa 24 jam dalam sebulan yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, berkata berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan, guru Kafa yang mengajar melebihi 18 jam sebulan, layak menerima elaun RM500 tetapi lawatan Jabatan Audit ke 20 Sekolah Rendah

Agama Rakyat (SRAR) mendapati waktu pengajaran dan pembelajaran dikendalikan guru ialah 15 jam seminggu, iaitu melebihi sembilan jam seminggu.

“Audit berpendapat, pembayaran elaun 2,898 guru Kafa yang mengendalikan 105,594 murid di 664 SRAR di Perak, tidak memuaskan dan masih di bawah paras kemiskinan, walaupun kerajaan negeri sudah menaikkan elaun kepada RM575 bermula Januari lalu.

“Guru Kafa juga memohon elaun RM500 dinaikkan bersesuaian keadaan ekonomi dan kos sara hidup semasa.

“Selain itu, nisbah 20 penyelia untuk menyelia 2,898 guru Kafa juga tidak seimbang, malah elaun RM750 sebulan diterima mereka juga dianggap rendah berbanding beban tugas dilaksanakan,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Dipetik daripada http://pmr.penerangan.gov.my

Tiada ulasan: