Khamis, 15 Oktober 2009

IPG Pendidikan Islam juara keseluruhan

Oleh Rosniza Mohd Taha
yoniza@bharian.com.my

INSTITUT Pendidikan Guru (IPG) Pendidikan Islam, Bangi, muncul juara keseluruhan Ujian Tilawah, Tafsir, Hafazan al-Quran dan Pertandingan Nasyid Ke-28 IPG peringkat kebangsaan, baru-baru ini.

Kemenangan itu berikutan kejayaannya menduduki tiga tempat teratas dalam keempat-empat kategori pertandingan, termasuk juara tilawah (perempuan) dan nasyid.

IPG Pendidikan Islam memperoleh markah 50 peratus berbanding naib johan, IPG Dato’ Razali Ismail 18 peratus dan pemenang ketiga, IPG Kent (17 peratus).

Johan qari disandang Ahmad Ismail dari IPG Persekutuan Pulau Pinang, kedua Norhakim Mohamed Nor (IPG Pendidikan Islam) dan ketiga, Ismail Romli (IPG Perlis).

Amirul Syahida Md Noor dari IPG Pendidikan Islam mengungguli kategori qariah, diikuti kedua, Ku Nor Asma Ku Muhammad Ramli (IPG Tun Hussein Onn) dan ketiga, Aina Bazilah Abdul Rashid (IPG Sultan Mizan).

Bagi pertandingan Tafsir al-Quran (Lelaki), Abd Wahab Abd Hamid dari IPG Batu Lintang muncul juara, diikuti kedua, Mohd Huzaimi Othman (IPG Kota Bharu) dan ketiga, Hafizul Husni Alias (IPG Pendidikan Islam).

Pelatih IPG Kent, Dayangku Siti Aisah Awangku Kalong pula juara Tafsir al-Quran (Perempuan), diikuti Musfariza Mansor (IPG Dato Razali Ismail) di tempat kedua, manakala ketiga, Norfarahin Mohd Zamri (IPG Pendidikan Islam).

IPG Sultan Abdul Halim mengungguli pertandingan Hafazan (Lelaki) menerusi wakilnya Nik Mohd Fahmi Nik Harun Aminarrashed. Tempat kedua dan ketiga, masing-masing dimenangi Mohd Hakimi Hassim (IPG Pendidikan Islam) dan Solahuddin Musa (IPG Tun Abdul Razak).

Hafazan (Perempuan) pula dimenangi Siti Soraya Lin Abdullah Kamal dari IPG Bahasa Antarabangsa, diikuti kedua, Najwa Musa (IPG Ipoh, Perak) dan ketiga, Siti Azizah Muhammad (IPG Pendidikan Islam).

IPG Pendidikan Islam turut muncul juara pertandingan nasyid dengan markah 85.5 peratus, kedua IPG Teknik (83.6 peratus) dan ketiga, IPG Dato Razali Ismail (83.3 peratus).

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah disempurnakan Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran, Abdul Halim Abdul Razak. Hadir sama Pengarah IPG Pendidikan Islam, Amin Mohd Rashid.

Berita Harian Online: 15 Oktober 2009

Tiada ulasan: