Selasa, 13 Oktober 2009

Terap minat pelajar cintai alam semula jadi

BANDAR SERI JEMPOL - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Jempol dinobatkan naib johan Program Sayang Orang Utan Peringkat Negara, sekali gus membuktikan mereka berjaya menanamkan sikap cintai alam semula jadi.

Guru Penasihat Program Sayang Orang Utan SMK Seri Jempol, Mohd Affandi Abu berkata, dia bersyukur dengan kemenangan berkenaan.

Menurutnya, pihak sekolah tidak menyangka akan meraih kejayaan besar dan bermakna itu.

“Saya bersyukur dan gembira atas kerjasama diberikan kumpulan pelajar terlibat dalam kemenangan ini.

“Ini adalah usaha seluruh warga sekolah yang turut memberikan idea dan sumbangan berharga untuk kami meneruskan cabaran ke pertandingan ini,” katanya.

Walaupun SMK Seri Jempol tewas kepada pasukan Gading Pongo Rescue Squad (GPRS) dari Batu Pahat, Johor, tetapi sekolah berkenaan berjaya mengalahkan beberapa sekolah bandar lain.

Ini membuktikan keupayaan dan kebolehan yang ada dalam diri pelajar luar bandar ternyata tidak kurang hebatnya.

“Kami berbangga apabila video dan blog mengenai orang utan ini menerima pujian pihak penganjur.

“Juri mengakui keliru membuat pilihan antara pasukan Sayang Orang Utan dan pasukan GPRS sebagai pemenang kerana keduanya memberikan saingan hebat,” katanya.

Sinar Harian: 13 Oktober 2009

Tiada ulasan: