Sabtu, 24 Oktober 2009

Peniaga sesakkan kawasan sekolah

KUALA LUM“Saya bukan cemburu dengan kumpulan peniaga terbabit tetapi kehadiran mereka menambah lagi kesesakan lalu lintas sehinggakan kawasan hadapan sekolah berkenaan menjadi pasar malam mini setiap kali tiba waktu puncak,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

“Namun sehingga kini, tiada tindakan susulan diambil, malah pihak berkuasa tempatan (PBT) juga sedia maklum mengenai perkara itu tetapi hanya menaburkan janji kosong saja.

Tinjauan Harian Metro mendapati, laluan sepanjang 500 meter di hadapan sekolah terbabit sesak berikutan kehadiran peniaga berkenaan.

Situasi itu bertambah teruk apabila terdapat segelintir ibu bapa yang meletakkan kenderaan sesuka hati di bahu jalan.

Ketiadaan pengawal lalu lintas juga dilihat sebagai salah satu punca mengapa keadaan itu terjadi dan berlarutan sehingga kini.

Kata Zaman, kesesakan lalu lintas boleh diatasi sekiranya pihak sekolah meletakkan seorang pengawal lalu lintas bagi mengawal keadaan.

myMetro: 24 Oktober 2009

Tiada ulasan: