Khamis, 14 Mei 2009

Gaji guru DG 41 rendah berbanding DGA 32

BERSEMPENA bulan Mei, bulan yang paling bermakna buat insan yang bergelar guru, kami ingin mengambil semangat bulan ini untuk meluahkan rintihan dan harapan kami para guru DGA 41 berkaitan isu guru DG 41 masih menerima gaji lebih rendah berbanding guru DGA 32.

Guru DGA 41 yang dimaksudkan ialah para guru yang sebelumnya dalam DG 29 tetapi telah melan jutkan pelajaran dan telah dilantik dalam DG 41.

Secara amnya, kami para guru DG 41 bukanlah berniat untuk meminta sesuatu yang berlebihan atau di luar kewajaran.

Sebaliknya, kami berpendapat se gala usaha, pengorbanan dan per juangan kami dalam memartabatkan profesionalisme keguruan sangatlah wajar mendapat pengiktirafan yang setara daripada pihak kerajaan.

Sesungguhnya segala input sama ada ilmu mahu pun kemahiran yang telah kami perdalami sepanjang pe ngajian kami telah pun kami per turunkan kepada anak-anak didik kami, tanpa mengira di mana kami ditugaskan.

Di sekolah masing-masing pula, da lam usaha dan proses menggalas ama nah mendidik anak bangsa, kami dan guru-guru yang lain bersama-sama berganding bahu ke arah menjayakan misi dan visi sekolah demi kecemer langan pelajar dan mutu pendidikan negara, tanpa mengira apa pun gred kami. Ringkasnya, gred bukanlah ukuran dan pertimbangan dalam penjadualan agihan tugas kami.

Bagaimana pun, kami amat ber bangga dengan keprihatinan pihak kerajaan dalam memberi hadiah be rupa pengiktirafan kepada rakan-ra kan kami yang telah berjaya dilantik ke DGA 32. Tetapi dalam masa yang sama, kami berasa amat terkilan ke rana kami hanyalah menjadi penon ton sahaja.

Justeru, kami merayu kepada pi hak kerajaan agar memberi perha tian yang sama kepada kami - guru- guru DG 41 yang ‘masih jauh ke tinggalan’.

Demikian antara contoh kepahitan yang kami terpaksa telan selama ini. Demikian antara babak-babak men dung yang menyambut kepulangan kami daripada perjuangan untuk mendapatkan segulung ijazah.

Justeru kami amat memohon ke prihatinan pihak kerajaan di bawah Kementerian Pelajaran agar lebih memahami rintihan dan harapan kami.

Kami masih percaya bahawa nasib kami masih boleh dibela oleh pihak kerajaan khususnya di bawah kepim pinan baru Negara Malaysia tercinta.

Sekali lagi bersempena Sambutan Hari Guru 2009, kami guru DG 41 amat mengharapkan berita baik da ripada pihak Kementerian Pelajaran untuk meniup jauh-jauh awan men dung yang menyelubungi kami se lama ini.

GURU DG 41

Tebakang, Sarawak

Utusan Malaysia Online: 14 Mei 2009

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kira Alhamdulillah ada gaji.... fikir2kan la sikit...kerja rajin2...nanti naik dg44.... besar tu gaji dg44.. teruskan usaha cikgu ke arah kecemerlangan anak didik...
lainlah kalau gaji cikgu tu masih tak cukup....pandai2 la cari income tambahan....

Tanpa Nama berkata...

kalau kita lihat banyak kelebihan dan keutamaan terutamanya diberikan kepada DG29 bukan sahaja kenaikan yang hampir ke DG41 dan juga BISP yang tinggi berbanding DG41 yang hanya 5%. Sya yang melihat generasi anak-anak saya yang berpendidikan tinggi melihat dari sudut kenaikan yang tidak sekata. ada guru yang melihat tiada guna meningkatkan pengajian ijazah kerana bukan sahaja memerlukan dana yang banyak dan kerugian dari segi masa dan gaji.

Tanpa Nama berkata...

Kira ok la ada gaji bagi DG41 tuh....mungkin ramai yang tidak tahu kenapa gaji DG41 lebih rendah berbanding DGA32. Sebabnya bagi guru DGA32 ia telah berkhidmat dalam lingkungan antara 9-11 tahun dalam kerajaan & memegang segulung diploma perguruan. Dengan erti lain gaji DGA32 sebagai orang lama dalam perkhidmatan guru. Bagi DG41 gaji diterima lebih rendah kerana guru tersebut baru berkhidmat dalam kerajaan & memegang segulung ijazah perguruan..Cuba guru DG41 berfikiran professional sikit.
Mana boleh disamakan gaji DG41 dengan DGA32 itu.

Tanpa Nama berkata...

..Sebenarnya ada yang tidak faham kenapa guru dg41 merungut...guru-guru dg41 ini adalah yg telah berkhidmat antara 10 hingga 13 tahun malah ada yang hampir 20 tahun tetapi gaji lebih rendah berbanding guru dg32.Kenapa?..sebab semasa guru dg41 dilantik ke dg41 mereka telah pun berkhidmat selama 5 hingga 9 tahun dalam gred dga29.kemudian mereka menyambung pelajaran untuk mendapatkan segulung ijazah dan dilantik ke dg41.setelah 4 hingga 5 tahun dalam dg41,gaji mereka lebih rendah jika dibandingkan dgn guru gred dga32,padahal tahun lama berkhidmat hampir sama atau lebih dari guru dga32.....fikir2 lah untuk golongan ini.

anak kampung berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

aku orang sabah yang merasa teraniya oleh perkhidmatan ini akan membakar kelambu dalam pilihanraya nanti......