Jumaat, 26 November 2010

Elaun belum dibayar

KAMI pensyarah Institut Perguruan Seluruh Malaysia hingga kini masih belum dibayar elaun mengajar Kursus Masa Cuti (KDC) bagi interaksi bulan Mac, Jun dan September 2010 yang lalu. Kini interaksi bulan November dan Disember 2010 akan datang pula.

Persoalannya bagi kursus Pra Sekolah Kemas dan Perpaduan serta PGSR pada tarikh-tarikh tersebut bayarannya sudah dibayar. Bagi interaksi SABK dan GSTT masih belum dibayar. Oleh itu ramai pensyarah berlumba-lumba untuk mengajar kumpulan yang dibayar sahaja.

Apa hal bagi pensyarah yang terpaksa mengajar kumpulan SABK dan GSTT. Harapan kami pensyarah di Institut Perguruan Seluruh Malaysia, agar pihak Institut Pendidikan Guru (IPG) dapat mengatasi masalah ini.

PENSYARAH BIASA

Pulau Pinang.


Utusan Malaysia Online: 26 November 2010

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Masalah bayaran elaun pun mahu dimasukkan dalam blogkah..Apa punya pensyarah? Menjatuhkan maruah guru sahaja.Ketara sangatlah mata duitan.

Tanpa Nama berkata...

Kalau tiada malu tu janganlah jadi penysarah. Seorang penyarah tu adalah contoh besar kepada ribuan guru di seluruh Malaysia.Tapi, kalau soal elaun pun mahu dipaparkan kepada semua pembaca blog turun pangkatlah ke sekolah rendah..atau tadika

Tanpa Nama berkata...

Kalau itu hak mereka, wajarlah upah dibayar

Tanpa Nama berkata...

Kita org banyak Elauan tak dibayar tahun ni. Minyak free kan sebab tu tnt tak dibayar. Kerja mesti jalan. Tak per lah kat dunia buatlah sesuka hati, Insya-Allah diakhirat kita akan tanggung segalanya.

Tanpa Nama berkata...

Memanglah hak mereka menuntut bayaran.Wajarlah mereka menuntut kalau sudah menjalankan tugas.

Masalah yang saya tidak setuju ialah perkara elaun pun mahu dirujuk dalam blog secara terbuka.Mana maruah kita sebagai guru.

Kalau soal kenaikan pangkat yang tidak adil kepada semua bangsa di Malaysia,masalah tempat tinggal guru, masalah perhubungan, masalah prasara sekolah dan kolej, masalah disiplin guru dan pelajar, itu wajarlah diperkatakan kerana itu menjurus kepada masa depan seseorang pegawai kerajaan dan juga reputasi institiusi guru tersebut.

Saya hairan juga kenapa ada pensyarah mengeluh tak dibayar elaun mengajar guru-guru KDC. Ini tentu kelemahan pengurusan IPG tersebut kurang pemantauan dari unit gaji dan elaun dan lebih dari itu Pengarah berkenaan mana......????????? Tak uruskah atau pensyarah masing-masing urus dengan jabatan-jabatan berkaitan..Kalau macam ni mana pengurusan berpusat...hantam kromo je kah..