2010/11/17
ANAK saya baru-baru ini memaklumkan mengenai ijazah sarjana muda perguruan yang diambilnya ada masalah kerana program yang ditawarkan di Institusi Perguruan Tunku Bainun tidak mendapat kelayakan akreditasi.Pihak institusi perguruan memaklumkan pelajar tidak dapat diberi penempatan sehingga masalah selesai. Saya difahamkan masa yang diambil bagi memperoleh kelayakan itu boleh berlanjutan daripada enam bulan sehingga setahun. Dalam proses mendapatkan kelayakan itu, pelajar diminta membuat kerja kursus tambahan bagi membantu pihak institusi mendapatkan kelayakan bagi program ditawarkan.
Sebelum ini, pelajar ijazah perguruan terbabit juga menerima elaun tertangguh sehingga dua bulan. Kesannya, ada pelajar yang terpaksa mengikat perut kerana tiada wang untuk perbelanjaan.
Bukan setakat anak kami saja yang resah, tetapi sebagai seorang bapa saya juga tidak tidur malam memikirkan masalah yang menimpa anak saya ini.
BAPA GELISAH,
Selangor
Berita Harian Online: 17 November 2010
6 ulasan:
ooh...kalau mcm ini buat apa ambil kursus di maktab...
sekarang ni banyak institiusi hanya pentingkan keuntungan wang ringgit sahaja.Kebajikan pelajar ditempat yang ketiga
Jadi..kepada semua ibubapa jangan tergoda dengan janji manis pihak-pihak tertentu
Berfikir masak-masak sebelum mengambil keputusan
1. Tanya dulu apakah kursus di institiusi yang menawarkan program tersebut sudah ada Kelulusan daripada
1. LAN
2. JPA
3. KPM
Kalau setakat sudah memohon jangan percaya...
masalahnya ni bukan IPTS, ni INSTITUT PERGURUAN bawah KPM!!!
apa yg KPM dah buat sampai jadi mcm ni? mengaibkan seluruh IPGM sahaja
Usah ghairah. Ada cikgu yang beli assignment. Minta org lain buat, bayar ajer. "Janji dapat DG41". Inilah ungkapan yang biasa didengar di kantin sekolah rendah. Tambahan pula subjek yang langsung mereka tidak pernah faham dan lalui. Kalu MUET ada yg dah sampai Bent 5 sebab sudah 5 kali ambil hanya dapat Bent 1 ajer. Inilah dunia sekarang, hanya mementingkan ... ... Usah hairanlah kalau lihat di sekolah semua cikgu pakai kereta mewah. Simbol sekarang. Kemewahan dunia yang diperolehi. Lihatlah di sekolah rendah khususnya. Oleh itu perbetulkanlah niat cikgu untuk mengikuti sebarang kursus.
sepatutnya plajar PISMP iaitu keluaran pertama IPG perlu diberi lebih perhatian..inilah produk pertama yg dinanti2kan..tp kenapa jd mcm ni??patutnya KPM perlu mengambil berat pelajar PISMP ambilan Jan 2007..mereka ni dinanti2 oleh setiap GB..mohon KPM ambil perhatian..
Ini undang-undang manusia buat bila-bila masa boleh berubah.
Catat Ulasan