Isnin, 8 November 2010

Memperkasa bahasa Inggeris

PUTRAJAYA - Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan mengambil 600 pesara guru Bahasa Inggeris secara kontrak untuk membantu dalam pelaksanaan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Mereka akan ditempatkan di sekolah yang benar-benar memerlukan guru Bahasa Inggeris.

Penempatan akan bersesuaian dengan lokasi tempat tinggal guru kontrak berkenaan.

Program MBMMBI akan bermula pada 2011 untuk murid tahun satu dahulu, sebelum dilanjutkan ke tahun berikutnya.

Atas tujuan yang sama, kenyataan KPM baru-baru ini memberitahu, mereka juga telah mengambil 376 guru kontrak penutur jati untuk ditempatkan di lima buah institut perguruan Malaysia (IPGM) dan sekolah terpilih mengikut zon untuk memberi tunjuk ajar kepada guru Bahasa Inggeris.

Pada masa yang sama, kenyataan itu menambah, program pengukuhan Bahasa Inggeris dalam kalangan guru baru dan guru dalam perkhidmatan terus dijalankan dari semasa ke semasa.

Menurut kenyataan KPM, mereka juga akan menambah bilangan guru Bahasa Inggeris secara berperingkat mulai 2011 sehingga 2016.

Selain itu, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah menganjurkan program tukar opsyen bagi guru bukan opsyen Bahasa Inggeris dan kursus peningkatan potensi guru Bahasa Inggeris telah dijalankan.

Dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan dasar MBMMBI, keutamaan perlu diberi kepada prosedur penghantaran dan pengedaran buku teks supaya bekalan buku teks dapat sampai sebelum sesi persekolahan 2011.

Pelan kontigensi juga perlu disediakan untuk memastikan pihak sekolah menerima buku teks tepat pada waktunya, tambah kenyataan KPM.

Kementerian itu juga mengingatkan pensyarah IPGM, institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan guru supaya sentiasa maklum tentang perubahan kurikulum supaya mereka cukup bersedia untuk menyampaikannya dengan berkesan.

Pensyarah dan guru pelatih di IPGM juga didedahkan dengan kurikulum standard Bahasa Inggeris tahun satu oleh BPK melalui bengkel induksi, ujar kenyataan tersebut.

Utusan Malaysia Online: 8 November 2010

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana pula dgn memperkasa Bahasa Melayu di SJK??? Masa utk BMbertambah, tetapi guru Opsyen BM tak ada langsung. Kalau adapun, tak cukup?

Tanpa Nama berkata...

Ada ke guru pesara yang nak ajar kat luar bandar? Esok jadi macam kes KGSK - bukan senang nak dapat guru pesara! Lagipun depa dah penat

pemerhati guru berkata...

guru2 sekalian, mengajar bahasa inggeris sebenarnya tidaklah susah...senang....amat2lah senang...

kalau mengajar anak2 didik dlm kelas, janganlah terlalu teori, kenala praktikal sikit..supaya budak2 yang masih dalam tahap BERMAIN ini, dapat mengikuti pelajaran dengan suka hati, bukannya dengan perasaan yang takut, gerun, dan sedikit terancam..

sebagai guru, carilah alternatif supaya pelajaran BI yang agak MENAKUTKAN ini dapat diajar secara santai tetapi dapat diterima oleh pelajar dengan FULL VOLUME.

saya yang agak tua ini masih lagi belajar bahasa inggeris. kerana guru2 masa disekolah dahulu agak garang dan menggerunkan sehingga nak bertanya pun TAKUT. kalau bertanya, diherdik dan dikata TAK PANDAI!

Oleh itu, guru2 BI yang ada diluar sana, ayuh! carilah kaedah mengajar yang sesuai dlm kelas anda. Banyakkan aktviti permainan yang berasaskan BI, dan jangan asyik membenarkan student anda hanya duduk diam dan angguk!

Bangunkan mereka, buat aktviti menghafal grammar atau what ever yang boleh mereka ingat BI itu mudah dan menyeronokkan! siapa lagi yg dapat menolong mereka jikalau bukan anda GURU2 BI!