KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Kementerian Pelajaran mengantung tugas seorang pengawas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Jumaat, Lukut, Negeri Sembilan yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.
Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong berkata Lembaga Peperiksaan Malaysia memaklumkan kepada beliau bahawa pengawas peperiksaan itu telah digantung tugas sehingga sebuah jawatankuasa khas selesai menjalankan siasatan.
"Jawatakuasa khas ini masih menjalankan siasatan. Guru terbabit juga tidak akan menerima sebarang elaun sepanjang tempoh penggantungannya," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen Selasa.
Beliau diminta mengulas usul yang dibawa anggota Parlimen Bakri Er Teck Hwa semalam mengenai tindakan pengawas peperiksaan itu mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman kerana calon peperiksaan SPM lewat masuk ke dewan peperiksaan pada 24 Nov lepas.
Usul itu bagaimanapun ditolak Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia semalam menerusi satu notis yang diedarkan di Parlimen hari ini kerana Kementerian Pelajaran telah menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengambil tindakan berhubung perkara tersebut.
Ditanya mengenai tindakan lain yang boleh dikenakan terhadap guru berkenaan, Wee berkata kementerian akan membuat pengumuman selepas selesai siasatan.
BERNAMA: 30 November 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Eh..apa lagi ..gantunglah..siapa merendah-rendahkan kaum lain buang dia ke negeri lain atau lebih jahat lagi buang kerjalah..apa dia ni tuankah..
Di Sabah tiada tuan..negeri, yang ada TYT sahaja dari kalangan orang biasa.
Catat Ulasan