2010/11/11
KEMENTERIAN Pelajaran ingin merujuk aduan oleh ‘SJN (U) Bersara, Pahang’, dalam ruangan ini bertarikh 29 Oktober lalu bertajuk ‘syarat baru SBP jejas kemasukan’.Kementerian sudah membuat semakan dan penambahbaikan terhadap dasar pemilihan murid ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), pada 2011.
Antara perubahan yang dibuat adalah memberi keutamaan kepada murid, ibu dan bapa atau penjaga yang berstatus warga negara Malaysia.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran
Berita Harian Online: 11 November 2010
1 ulasan:
Saya setuju pelajar bumiputera diutamakan masuk ke SBP. Tetapi bagi Sabah dan Sarawak ada masalah yang dihadapi oleh pelajar yang memohon ke SBP khususnya yang memakai nama orang putih seperti Joseph, Magdalena John dan lain-lain nama yang biasanya dipakai oleh orang nun muslim kerana orang bukan bumipetera pun memakai nama yang sama. Suatu ketika dahulu ada pelajar lepasan UPSR memohon masuk ke SBP sebagai contoh si John mendapat 4A dan si Ali mendapat 3A. Bila keluar keputusan hanya si Ali yang dapat masuk.Ini menimbulkan tanda tanya kenapa????berlaku hal demikian. Apabila siBapa merayu maka dapatlah juga masuk. Jadi persoalan disini kenapa dan apa lagi kriteria tambahan diperlukan supaya keadilan dapat dijalankan. Mungkinkah ada bias dipihak Panel pemilih..
Mungkin dalam borang status bangsa perlu diubahsuai kerana dalam kebanyakan borang yang diisi masih mengekalkan kumpulan bangsa seperti berikut;-
1. Melayu
2. Cina
3. India
4. Lain-lain..
Jadi orang Kadazandusun ini hendak masuk mana..takkan dia nak letak di Melayu..
Jadi mungkin borang kena ubah seperti begini
1. Melayu/Bumiputera
2. Cina
3. India
4. Lain-lain
Rasional meletakkan Melayu/Bumiputera dikedudukan sama ialah mereka ini sama hak/sama taraf dari segi Perlembagaan Persekutuan..
Catat Ulasan