Isnin, 12 Oktober 2009

Tak wajar berlaku

KUALA LUMPUR: “Kementerian tidak terima laporan, tapi kita memandang serius mengenainya dan ini tidak harus berlaku,” tegas Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimudin Mohd Dom, ketika mengulas mengenai dakwaan pelajar perempuan mengadakan hubungan seks bebas di stor sekolah.

Remaja berusia 14 tahun yang kini sudah bertaubat mendedahkan rela tubuhnya 'dibaham' teman lelaki dan rakan lain selepas menjadi mangsa rogol lelaki beristeri empat, malah menjadikan stor sekolahnya tempat melempiaskan gelodak nafsu.

Alimudin berkata, isu itu diberi perhatian kementerian kerana merosakkan akidah generasi muda, selain bertentangan dengan budaya dan agama, tidak hanya manyarakat Islam malah juga agama lain yang mengutuk aktiviti seks bebas.

Katanya, kegiatan sebegitu tidak seharusnya berlaku dalam kawasan sekolah, apatah lagi institusi pendidikan dikelaskan sebagai tempat umum yang dipenuhi ramai orang sekali gus menyukarkan sebarang gejala tidak bermoral berlaku.

“Kemungkinan perkara ini berlaku adalah sukar kerana sekolah tempat umum, ramai orang boleh jadi pemerhati. Pelajar (yang nak buat perkara tidak senonoh) pun mesti fikir banyak kali sebelum nak buat sebarang.

“Tapi apapun (jika ada) ia tidak sepatutnya berlaku. Saya sukar untuk jelaskan lanjut kerana tiada laporan dikemukakan mengenai hal ini dan tak terfikir pun mengenainya,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Alimudin berkata, mana-mana sekolah sama ada dikelolakan di bawah kementerian mahupun swasta mempunyai peraturan ketat bagi mengekang amalan kurang bermoral, justeru menegaskan tidak akan membiarkan anasir negatif menular kalangan pelajar.

“Kita ada peraturan, malah sekolah swasta pun ada peraturannya sendiri, takkan biarkan perkara negatif merosakkan pelajar,” katanya.

Metro Ahad semalam melaporkan remaja tingkatan dua pernah diragut masa depannya kerana dirogol seorang lelaki beristeri empat, menyebabkannya kecewa lantas merelakan teman lelaki serta rakan sekolah 'membaham' tubuhnya hampir setiap hari selama berbulan-bulan.

Setiap kali berpeluang, dia sanggup melakukan hubungan seks dengan seorang atau hingga lapan lelaki dan lebih teruk lagi, aktiviti terbabit dilakukan di stor sekolah tempatnya belajar.

Gadis yang mahu dikenali sebagai Roslina itu mendedahkan perilaku buruknya bukan untuk berbangga, sebaliknya sebagai pengajaran kepada pihak lain.


myMetro: 12 Oktober 2009

Tiada ulasan: